Prank Rompakan Berakhir Tragedi, YouTuber Ditembak Mati Ketika Buat Konten

YouTuber merujuk kepada pembikin konten video di YouTube. Dan mereka berlumba lumba membuat konten yang menarik dan sensasi.

Salah satu daripada konten yang seringkali menjadi pilihan adalah prank.

Segalanya demi meraih like, pelanggan saluran dan juga tontonan daripada umum. Namun ia tidak berakhir dengan baik untuk seorang YuoTube berusia 20 tahun bernama Timothy Wilks dan rakan-rakannya.

Apabila YouTuber berusia 20 tahun itu dilaporkan ditembak mati ketika melakukan aksi prank rompakan.

Timothy dan rakannya merancang melakukan aksi prank itu di dua tempat iaitu di luar Urban Air Trampoline dan Adventure Park di Nashville, Tennessee pada 5 Februari lalu.

Timothy dan rakannya itu membawa pisau pemotong daging yang besar. Dan mereka menghampiri sekumpulan manusia di luar bangunan. Melihatkan Timothy dan rakannya itu memegang pisau, salah seorang daripada individu yang mereka hampiri mengeluarkan senjata dan menembat mati Timothy.

Rakan Wilks memberitahu polis bahawa mereka bukan nak merompak sebaliknya cuma nak melakukan prank untuk YouTube. Namun seorang pemuda berusia 23 tahun, David Starnes Jr. menyatakan dia tidak tahu bahawa itu adalah aksi prank. Dan melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan mereka yang ada di situ.

Starnes juga menyatakan dia terkejut dihampiri 2 lelaki bersenjatakan pisau daging yang besar. Starnes mengakui menembak Wilks pada 9.25 malam.

Kejadian itu berlaku di Urban Air Park  yang merupakan tempat riadah keluarga terutama sekali untuk kanak kanak.

Tiada pertuduhan jenayah membunuh dengan niat dikenakan ke atas Starnes setakat ini. Namun kes ini  masih dalam siasatan.

Menurut perundangan tempatan di Tennessee, kawasan tersebut adalah kawasan yang diwartakan di mana orang awam bebas memiliki senjata api untuk mempertahankan diri.

Senjata boleh dibeli dengan mudah, tanpa perlu melalui proses dokumentasi dan surat kebenaran khas dari kerajaan.

Nampaknya Timothy Wilks dan rakan rakannya mungkin tidak sedar mereka sedang bermain api dengan kawasan yang berpotensi tinggi mereka akan ditembak.

Seorang peguam membincangkan  perkara itu di WZTV – milik Fox. Dan menurut beliau  “Saya pasti mereka yang terlibat dalam hal ini akan menjadikannya satu situasi prank. Namun dalam beberapa situasi, ada sesetengah prank itu memang  sangat teruk.”

Selain itu, Unilad menyatakan, biasanya prank berbentuk rompakan ini, ‘mangsa prank’ sebenarnya sudah tahu. Dalam erti kata lain, ianya sekadar lakonan  semata mata.

Timothy pula membuat prank yang berisiko mengundang  malatapetaka ini dengan terlalu real.

Malah ada beberapa YouTubers yang konten mereka diancam untuk dipadam dan channel mereka dipadam oleh YouTube kerana  prank rompakan ini menyatakan bahawa  sebenarnya semua  peralatan yang mereka gunakan termasuk pistol adalah palsu.

Youtube sebenarnya  sudah  mengharamkan prank yang berbentuk keganasan sejak dua tahun lalu. Terutama sekali prank yang  membuatkan mangsa  prank dalam keadaan emosi yang terlalu terkejut atau  terganggu.

Banyak video prank rompakan yang cuma  lakonan  dan bukan lakonan ini telah dikeluarkan dan dipadam oleh YouTube.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi