Prank Si Mati Yang Meminta Orang Keluarkan Dia Dari Dalam Kubur

Di Ireland telah berlaku satu prank yang another level. Di mana mendiang Shay Bradley telah ‘meminta’ agar para tetamu yang hadir dalam majlis pengkembumiannya – untuk mengeluarkannya dari lubang kubur.

Ketika keranda Shay Bradley sedang diturunkan ke bawah, terdengar suara : “”Hello? Hello? Let me out! Where the f— am I?” and “Let me out! It’s f—ing dark in here!”

(Hello? Hello? Keluarkan aku dari sini, di mana aku ni, keluarkan aku cepat, gelap hanat dalam ni)

Bradley meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit. Rakaman audio itu dibuat setahun yang lalu. Bradley sudah memberitahu anak perempuannya akan hasrat terakhir dia jika dia mati kelak.

Bradley mahu menyakat rakan-rakan, keluarga dan saudara-maranya yang hadir pada majlis pengkembumiannya.

Bradley meminta anak perempuannya, Andrea Bradley untuk meletakkan pemain audio di dalam kerandanya dan memastikan ia dimainkan ketika orang sedang memasukkan kerandanya ke dalam lubang kubur.

Pada awalnya ada beberapa orang tergamam dan terkejut. Ingatkan Shay benar-benar masih hidup.

Pada akhir audio itu Shay mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan dan keluarganya:

“Is that that priest I can hear?” (Paderi ke tu? Saya dengar suara kamu)

“This is Shay. I’m in the box. No, in f—ing front of you. I’m “Hello again, hello. I just called to say goodbye.”

( Ini Shay lah. Saya dalam kotak ni. Tak di dalam kotak ini. Saya … hello, hello. Saya sebenarnya hanya nak ucapkan semalat tinggal)

“OK, the sadness is over now.” (Ok, korang dah tak sedih lagi dah).

Ia disambut dengan gelak ketawa mereka yang hadir.

Andrea sudah memaklumkan kepada adik beradik dan ibunya tentang prank tersebut.

“Niat ayah adalah mahu memastikan orang yang hadir akan ceria dan ketawa. Dan emak saya ketawa tidak menangis kerana prank itu.”

Korang tengok video di sini kalau tak percayakan aku. Nak lukis tak dapatlah.

https://twitter.com/i/status/1183375983145082880

Lain macam prank ni. Jangan korang ikut pula. Tak pasal pasal korang tinggal sesorang nak kebumikan jenazah.

Sumber: Insider