Bayangkan korang diberikan satu mesin masa untuk tujuan pekerjaan. Adakah korang hanya menggunakan mesin masa itu untuk bekerja ataupun cuba skodeng kehidupan anda sendiri di masa lain?
Manusia ni sebenarnya ada rasa ingin tahu yang kuat terutama sekali kalau dia ada peluang untuk tahu apa berlaku kepada hidupnya sendiri di masa lampau ataupun masa akan datang.
Filem berkaitan dengan perentas masa ni mempunyai ramai peminat dia tersendiri. Ini kerana biasanya ia seronok untuk mencabar minda.
Namun ada juga yang jenis tak suka kerana nak menonton movie untuk relaks dan bukannya terlalu menyakitkan otak.
Predestination antara filem berkaitan dengan perentas masa / time traveler yang popular.
Filem ini sebenarnya tidak seperti beberapa naskah time travel yang lain yang kebiasaannya cuba fokus kepada satu dua perkara.
Namun Predestination ini, dia membawa korang dalam satu pengembaraan yang banyak.
Seorang lelaki bernama John memiliki satu mesin masa yang portable. Memula ingatkan dia nak buka viola ataupun sniper. Sekali itu adalah mesin masa.
Seorang ejen khas telah ditugaskan untuk pergi ke tahun 1970-an bagi mematikan bom yang dipasang pengganas. Ejen tersebut yang memberikan nama pengganas itu sebagai Fizzle bomber.
Bom tersebut meledak dan kesannya, muka dia cacat dan berparut teruk.
Dia menjalani pembedahan plastik dan kembali bertugas. Misi dia untuk kembali ke tahun 70-an tu balik nak mematikan bom tu.
Ejen, John dan Jane
Ejen tu bekerja di sebuah bar. Biasalah ejen kan. Mereka mesti buat kerja lain nak menyamar.
Pada satu hari dia didatangi oleh seorang jejakan bernama John.
John dan ejen itu bersembang. Dan tak sangka John berjaya membuatkan sang ejen ralit mendengar ceritanya.
John menegaskan bagaimana dia berjaya menghasilkan karya “The Unmarried Mother”.
Ejen tersbeut terkejut kerana ternyata John adalah seorang lelaki. Dia ditinggalkan teman lelakinya dan anaknya dilarikan.
Lalu ejen itu menawarkan diri untuk membawa John (lakonan Sarah Snook yang diubah menjadi lelaki) untuk mencari jantan brengsek tersebut.
John membantu Jane
Si ejen tersebut menyuruh John untuk menyelesaikan urusannya dan dia pula ada urusan lain untuk mencari Fizzle Bomber.
Di sini berlaku satu twist yang agak gila. Ini kerana ternyata John telah menghampiri dirinya sendiri untuk memastikan dia dapat mengubah ‘takdir’ hidupnya.
Gadis itu bernama Jane. Dan dia akhirnya bercinta dengan si Jane tu. Damnn.
Di situ dia telah mempengaruhi garis masa kehidupannya. Dan si Jane ni pun mengandung.
Ya, sebab si John. Akibat daripada perhubungan pelik dengan manusia dari masa depan ni, yang si Jane pun tak tahu siapakah sebenarnya dia, anak mereka menjadi luar biasa.
Ketika bayi, anaknya telah dilarikan seseorang dari hospital dan meletakkannya di hadapan sebuah rumah jagaan.
Jane mahu mencari siapakah yang mencuri anaknya daripadanya.
Di situlah lahir anak perempuan yang kuat dan membuatkan ramai kena belasah dengannya.
Semakin anak gadis tu besar, dia mulai direkrut oleh special agent. Dia sangat cemerlang dalam batch dia.
Namun dia melakukan salah laku dan dibuang dari agensi. Dia kemudian ditawarkan oleh Mr Robertson (lakonan Noah Taylor) untuk bekerja dengan dia. Menyertai mereka untuk menjadi time traveler.
Ya, korang dah boleh dapat agak kan. Dia akan menjadi ejen yang bekerja di bar tadi.
Jadi, bagaimana dengan garis masa yang lain? Bagaimana dengan usaha Jane untuk mencari siapakah yang mengambil anaknya dari hospital?
Cukuplah cerita plot dia sampai kat situ, kerana kalau korang tak tengok lagi, ianya menjadi spoiler teruk.
Filem ni memang agak pening bagi mereka yang tak gemarkan naskah rumit. Otak memang sakit dari awal sehingga akhir.
Filem yang mind bending tetapi tak terlalu rumit
Namun filem ini taklah terlalu memberikan penonton tergantung macam filem seperti Muholland Dr.
Korang masih boleh lagi mendapatkan jawapan dan relate peristiwa di dalamnya. Cuma akhirnya korang akan mendapati filem ini ibarat orang bertanya: Mana satu wujud dulu, ayam ke telur ayam?
Di mana korang akan berpusing pusing di situ dengan plotnya. Tetapi aku masih menganggap aku menikmati good movie experience. Dan tak kisah nak ulang berapa kali pun filem ni.
Jadi, saranan aku, kalau nak tengok filem ni pastikan korang benar benar fokus dan bukannya banyak ke dapur, pergi keluar kejap ambik angin.
Lakonan Ethan Hawke memang biasanya menarik. Filem ini juga ada unsur komedi di dalamnya. Takdalah terlalu tegang.
Kemudian penceritaan oleh John di bar tu memang menarik. Sarah Snook membuatkan korang rasa macam betul betul dia sembang depan muka kau tentang hidupnya.
Naratif ataupun teknik bercerita daripada watak adalah benda yang banyak di dalam filem ini. Tak hairanlah, kerana mereka nak bercerita tentang masa lalu mereka dan tujuan mereka berada di satu tempat itu.
Ini antara filem yang memaparkan lakonan mantap Sarah Snook. Antara bintang yang underrated.
Dia juga megalami transformasi daripada wanita kepada lelaki. Menunjukkan susuk feminin dan maskulin pada masa yang sama. Seterusnya dia adalah ibu yang sayangkan anaknya.
Dari segi lakonan memang semuanya mantap beb. Tak menyesal korang tengok.
Bagaimana dengan si penjaga bar tadi? Dapat tak dia mencari siapakah Fizzle Bomber. Bagaimana dengan Jane, dapatkan dia mencari siapakah yang mengambil anaknya? Itu antara dua persoalan yang berlegar daripada banyak persoalan.