Premier League: 7 Calon Pemain Terbaik PFA 2019/20

Walaupun Liverpool tidak memenangi kejuaraan domestik pada musim lepas, Virjil Van Dijk diangkat menjadi pemain terbaik tahunan PFA.

Pada musim sebelumnya juga, kejuaraan Manchester City tidak mampu memngenepikan Mohamed Salah mendapat anugerah ini.

Adakah musim ini Kevin de Bruyne atau Sergio Aguero boleh mengenepikan calon dari Liverpool untuk meraih anugerah tersebut.

Jamie Vardy (Leicester City)

Tanpa Vardy, Leicester City mungkin sukar untuk bermain di pertandingan kelab eropah

Leicester City sekali lagi mendapat musim yang baik pada kali ini selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 2016. Pasukan ini berada di 4 tangga teratas dan mampu membawa kembali liga juara ke Stadium King Power.

Situasi ini tidak akan berlaku jika mereka tidak mempunyai Jamie Vardy. Setakat ini pemyerang berusia 31 tahun ini telah menjaringkan 19 gol. Beliau juga pernah memimpin carta jaringan untuk beberapa bulan.

Semakin tua semakin berisi, pemain ini terus menjaringkan gol untuk menggembirakan penyokongnya. Kembali seperti 2016 dimana musim menyaksikan Leicester menjadi kisah dogeng Liga Perdana.

Sejak itu beliau sering menjadi antara penjaring terbanyak di liga ini, bagaimanapun beliau belum meraih anugerah kasut emas.

Jika anugerah kasut emas akan dimuktamadkan sebelum liga tamat, maka Vardy adalah pemenangnya dan jika liga berjaya disambung semula, pemain ini berpeluang besar untuk memenanginya.

Senarai 5 penjaring Liga Perdana Inggeris

  • 19 gol, Jamie Vardy (Leicester City)
  • 17 gol, Pierre-Emmerick Aubameyang (Arsenal)
  • 17 gol, Mohamed Salah (Liverpool)
  • 16 gol, Sergio Aguero (Man City)
  • 15 gol, Danny Ings (Southampton)

Virgil Van Dijk

Van Dijk juga merupakan bekas calon pemain terbaik dunia

Kecemerlangan Liverpool menuju kejuaraan pertama sejak sekian lama terhasil dari kerjasama 11 pemain utamanya. Virjil Van Dijk antara salah satu dari unit itu.

Pertahanan dari Belanda ini merupakan pemain terbaik tahunan pada musim lepas dan Van Dijk berpeluang mengekalkan status tersebut. Hanya Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo yang berjaya mengekalkannya pada masa lalu.

Ia bukan perkara mudah bagi seorang pemain pertahanan untuk menjadi pilihan pemain terbaik dalam anugerah pemain tahunan.

Pada musim ini Liverpool telah merekod lebih sedikit clean sheet berbanding musim lepas. Sementara itu Mohamed Salah dan Sadio Mane telah mencipta impak yang lebih besar berbanding sebelumnya.

Semua pemain ini boleh mencabar Van Dijk untuk menjadi pemain terbaik, walau apa pun pilihan, Van Dijk sudah menjadi pemain pertahanan terbaik di Liga Perdana Inggeris.

Hanya James Tarkowski yang mempunyai purata clearances lebih baik dari Van Dijk, tetapi Van Dijk merupakan pertahanan yang prolifik apabila mempunyai 4 jaringan liga.

Beliau tidak pernah membuat keputusan yang salah apabila berada di dalam kotak penalti lawan, prestasi beliau tidak pernah turun sejak musim bermula.

Sergio Aguero (Manchester City)

Aguero tidak pernah memenangi pemain terbaik PFA walaupun Manchester City mempunyai musim yang hebat

Kejayaan Sergio Aguero musim ini banyak dipadam oleh prestasi buruk pertahanan Manchester City, jika tidak sumbangan dari penyerang ini kepada pasukan akan menjadi lebih bermakna.

Peledak dari Argentina ini telah menjaringkan 16 gol, kelihatan tidak terlalu banyak tetapi faktor pemain ini banyak mengalami siri kecederaan kecil membataskannya untuk bermain dalam lebih banyak perlawanan.

Nisbah jaringannya masih lagi baik dan Aguero jarang mengecewakan apabila beliau bermain.

Jaringannya telah menyumbangkan 9 mata kepada pasukan secara terus. Tiada pemain lain dalam skuad Manchester City menyumbang lebih dari angka tersebut.

Begitulah Aguero dilihat masih lagi pemain penting walaupun pemain ini akan berusia 32 tahun tidak lama lagi.

Aguero menjaringkan banyak gol pada setiap musim tetapi beliau tidak pernah lagi diangkat menjadi pemain terbaik tahunan sepanjang berada di Manchester City.

Peluangnya agak kecil pada musim ini, namun jika liga kembali disambung peluang untuk pemain ini menjadi calon pemain terbaik tahunan masih ada.

Trent Alexander-Arnord (Liverpool)

Alenxander-Arnord pemain muda paling berbakat dari England selepas Raheem Stertling

Terdapat satu situasi menarik oleh pemain yang baru berusia 21 tahun ini.

Beliau lebih layak dicalonkan dalam kategori pemain terbaik secara keseluruhan berbanding pemain muda terbaik tahunan.

Trent Alexander-Arnord telah memenuhi kriteria sebagai pemain utama bukan lagi pemain muda. Alexander-Arnord sentiasa menjadi pemain terbaik jika berada dalam kategori tersebut tanpa mampu dicabar oleh mana-mana pemain.

Dalam kategori itu juga, musim lepas beliau ‘tewas’ kepada Raheem Sterling.

Pada musim ini beliau telah mengumpul 12 bantuan gol. Menjadi angka paling tinggi bagi seorang pemain pertahanan di 5 liga terbaik eropah.

Di Liga Perdana pula beliau menjadi pemain pertahanan pertama yang berjaya mengumpul lebih 10 bantuan gol pada setiap musim berturut-turut.

Bintang muda Liverpool ini mencipta banyak bantuan gol kerana mempunyai deria penglihatan yang tajam, ketepatan hantaran dan mampu membuat keputusan yang baik bila mahu melakukan hantaran.

Terutamanya melibatkan hantaran lintang dan hantaran panjang dari tengah padang. Semua yang dilakukan oleh Alexander-Arnord sudah jauh mengatasi ramai pemain muda dan pemain ini sudah berada sebaris dengan pemain elit liga perdana.

Mohamed Salah (Liverpool)

Pemain ini menjadi pemain terbaik tahunan PFA pada musim 2017/18 tanpa trofi Liga Perdana

Sejak menyertai Liverpool, Mohamed Salah tidak pernah gagal memberi sumbangan kepada pasukannya.

Perbelanjaan £ 37 juta Liverpool bagi mendapatkan pemain ini tidak pernah akan menjadi subjek gagal.

Kecemerlangannya bersama Liverpool menyaksikan banyak rekod telah terhasil darinya.

Salah menjadi pemain penting dalam memacu Liverpool menjadi juara eropah pada musim lalu. Beliau juga menjadi bintang besar dalam pasukan ketika Liverpool cemerlang di liga pada musim ini.

Salah mengumpul 16 jaringan, hanya Jamie Vardy dan Peirre Emmerick-Aubameyang yang berada di depannya.

Pemain Mesir ini juga mempunyai 6 bantuan dalam akaun peribadinya.

Apabila Salah tidak menjaringkan gol atau menyumbangkan bantuan gol, pemain ini masih menjadi menyumbang utama dalam permainan.

Mempunyai deria posisitiong yang luar biasa, larian yang merbahaya dan menjadi pakar dalam link-up play pasukan.

Pemain dari Mesir ini juga dalam landasan untuk menjadi salah seorang pemain lagenda di Liga Perdana Inggeris.

Beliau menjadi calon terkuat meraih pemain terbaik tahunan yang ke-2 selepas 3 musim kembali ke liga ini.

Kevin de Bruyne

Menjadi pemain paling banyak melakukan bantuan gol di liga utama eropah

Kevin De Bruyne mempunyai jawapan bagaimana mahu kembali hebat selepas mengalami kecederaan.

De Bruyne tersisih dalam banyak perlawanan pada musim lepas akibat kecederaan ligamen yang dialaminya.

Satu kecederaan yang difahami ramai boleh mengurangkan impak apabila pemain tersebut kembali pulih.

Namun tidak bagi De Bruyne, beliau kembali mengganas pada musim ini selepas keluar dari kecederaan tersebut.

Pemain Belgium ini muncul dengan 17 bantuan gol untuk Manchester City di Liga Perdana. Statistik terbaik dari 5 liga utama eropah.

Hanya Thierry Henry yang merekod bantuan gol paling banyak dalam tempoh semusim.

De Bruyne mampu memecahkan rekod 21 bantuan Henry pada musim ini atau pada musim-musim akan datang.

Statistik tersebut hanya menceritakan separuh tentang kemampuan De Bruyne. Pemain ini mempunyai kemahiran dribbling dan hantaran yang sempurna.

Jumlah peluang dicipta (create chances) banyak dihasilkan oleh pemain ini.

Apa yang mengagumkan pemain ini bukan hanya meletakkan namanya dalam senarai bantuan jaringan dan create chances, namun beliau juga mempunyai 8 jaringan peribadi.

Jaringannya ketika menentang Chelsea dan Newcastle membolehkan pasukan meraih mata penting.

Tiada pemain tengah lain yang menjaringkan gol lebih daripadanya.

Dengan aksi memukau selepas kecederaan, bekas pemain Wolfsburg menunjukkan sifatnya yang luar biasa.

Tiada siapa meraguinya jika pemain ini diangkat menjadi pemain terbaik tahunan.

Sadio Mane (Liverpool)

Impak Mane dalam perlawanan besar agak memukau pada musim ini

Sadio Mane telah diiktiraf pemain terbaik Afrika 2019 selepas mempunyai 1 musim yang mencapai status fenomena.

Beliau kini berada di ambang penghormatan tertinggi dalam kancah saingan Inggeris.

Pemain dari Senegal ini mungkin tewas dengan Mohamed Salah dari sudut jumlah jaringan. Salah mencetak 16 gol dan Mane hanya mempunyai 14 jaringan.

Tetapi dalam impak yang melibatkan perlawanan besar mengatakan Mane lebih baik.

Beliau menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Manchester Utd dan juga menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Aston Villa, Wolverhampton, Norwich City, West Ham United dan Bournemouth

6 perlawanan yang melihat Liverpool meraih mata penuh datang dari jaringan kemenangan pemain ini. Jadi anda boleh bayangkan di mana Liverpool jika tiada jaringan pada saat-saat penting itu.

Mane tidak diragui boleh menjadi pemain paling berguna dalam perlawanan penting. Mampu menjadi pemain penting apabila pasukan mahukan keajaiban.

Sekain dari 14 jaringan, Mane juga mempunyai 7 bantuan gol.

Sekiranya anugerah pemain terbaik tahunan dijalankan, nama yang tertera pada kad kemenangan berkemungkinan besar adalah Sadio Mane.

Baca yang lain