Premier League Desak BeIN Pecat Aboutrika Kerana Terbuka Kutuk Kempen Pelangi

Pengendali Liga Perdana Inggeris mengkritik kenyataan anti-lesbian, g*y, bis*ksual dan transgender (L G BT) yang dibuat oleh pundit bola sepak beIN Sports Mohamed Aboutrika semasa program televisyen.

Aboutrika secara langsung bercakap selama dua minit tanpa henti tentang kempen gelang berwarna pelangi / rainbow laces yang menjadi sebahagian daripada program tahunan di EPL.

Menurut Aboutrika, h * m * sksualiti adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan dia meminta saluran sukan seperti BeIN yang berasal dari Qatar untuk tidak menyiarkan kandungan berkaitan dengan kempen tersebut.

Legenda Mesir itu dianggap sebagai 50 Muslim paling berpengaruh di dunia. Dan Premier League menuduh Aboutrika sebagai menyalahgunakan pengaruhnya di khalayak ramai.

Aboutrika menganggap ideologi kempen gelang pelangi itu sebagai ideologi bahaya dan semakin ramai yang tidak malu untuk mengakui mereka adalah songsang.

Aboutrika berkata: “L*BT ni merupakan ideologi yang bahaya dan memudaratkan. Dan hari ini semakin ramai yang tak malu mengaku mereka songsang.”

Seterusnya beliau menganggap ideologi tersebut sebagai mencabuli kemanusiaan.

“Ideologi ini bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam tetapi bertentangan dengan lumrah kejadian manusia.”

“Seorang Muslim harus memainkan peranan untuk melindungi anak anak mereka daripada terjerumus ke dalam ideologi ini.”

“Mereka akan cakap ini adalah hak asasi manusia. Ini bukan isu hak asasi manusia tetapi ini isu yang berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan kemanusiaan.”

Aboutrika bagaimanapun memberikan pujian kepada pemain muslim yang rata rata tidak menyokong kempen ini secara peribadi.

Aboutrika kemudian menambah bahawa ideologi ini adalah perkara yang memalukan.

Ini telah membuatkan berlaku bantahan daripada Liga Perdana, yang secara terbuka menyokong kempen tersebut di dalam dan di luar padang.

“Sangat mengecewakan melihat legenda bola sepak Mesir, Mohamed Aboutrika menolak kempen Liga Perdana Inggeris tentang gelang pelangi yang menggunakan agama menentangnya,” tegas kenyataan penyokong Pride dalam bola sepak Eropah, FARE Network.

“Beliau diberi ruang untuk menafikan hak dan kewujudan sesebuah komuniti.”

Menjawab perkara ini, beIN Sports menyatakan ia terbuka kepada semua latar belakang memandangkan siaran di salurannya mengandungi banyak sukan dari pelbagai negara.

“Sebagai kumpulan media yang berkaliber dunia, kami mewakili semua juara dan penyokong mereka. Kami juga menyediakan ruang untuk setiap latar belakang, bahasa dan budaya di lebih 43 negara di seluruh dunia untuk bersuara. Itulah yang kami pegang setiap hari,” kata beIN Sports dalam satu kenyataan.

Premier League kemudian menyatakan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan BeIN berkaitan dengan kenyataan Aboutrika itu.

Mereka kemudian memberikan tekanan kepada BeIN agar menamatkan kontrak pundit itu serta merta.

Premier League berkata: “Kami sangat tak setuju dengan pandangan pundit tersebut. Premier League dan kelab kelab kami komited menyokong secara inklusif L**BT. Dan menjelaskan di sini bahawa bola sepak adalah untuk semua orang.”

Kenyataan Aboutrika itu kemudian mendapat perhatian daripada beberapa organisasi yang memperjuangkan hak kesamarataan kebebasan gender.

Mereka mempersoalkan sama adalah Qatar adalah tempat yang selamat untuk pemain pemain yang g * y yang akan bermain di Piala Dunia tahun hadapan.

CEO Piala Dunia Qatar, Nasser Al Khater menyatakan bahawa Qatar kekal dengan pendirian mereka sebelum ini bahawa negara tersebut mengalu alukan mereka yang g * y datang ke negara mereka untuk Piala Dunia. Sama ada pemain ataupun penyokong.

Nasser berkata: “Qatar adalah negara yang mengalu alukan kedatangan semua orang. Dan tiada seorang pun harus berasa takut atau terancam di sini.”

Qatar malah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin sejenis diminta jangan risau untuk datang ke negara mereka nanti dan tinggal bersama di dalam hotel.

Nasser menambah: “Qatar adalah negara moden. Semua perkara itu perlu kita hormati. Selain itu, setiap orang bebas untuk menjalani kehidupan mereka.”

“Mereka [yang songsang] akan tiba di Qatar sebagai penyokong bola sepak. Mereka boleh melakukan apa sahaja di sini seperti manusia lain.”

“Apa yang saya cuba sampaikan di sini, Qatar, dari sudut pandangan orang ramai adalah negara konservatif.”

Aboutrika bukan satu satunya manusia yang menganggap kempen songsang ini sebagai isu berkaitan pencabulan kemanusiaan.

Sebelum ini presiden Rusia, Vladimir Putin lagi dahsyat di mana dia melabel kempen pelangi ini sebagai jenayah kemanusiaan terus.

Putin dibenci geng pelangi

Presiden Rusia, Vladimir Putin kini dikecam hebat oleh warga Eropah selepas mengumumkan bahawa negara Rusia melarang perkahwinan sejenis.

Pro L**T menganggap tindakan Putin ini satu langkah ke belakang. Namun Presiden Rusia itu ada alasan tersendiri. Menurut laporan, Putin semakin risau dengan trend terbaru di Rusia, di mana semakin ramai yang tidak risau untuk tidak memiliki keluarga terutamanya anak.

Ini kerana mereka melakukan pembedahan transgender dan kemudian berkahwin sejenis. Sebelum ini ada kerisauan mereka tidak ada anak pada masa akan datang. Kini kerisauan itu tak ada kerana semakin ramai yang berani tampil melakukan perkara serupa dan mengambil anak angkat.

Putin juga dilaporkan kecewa dengan golongan sejenis ini yang semakin berani tampil mengakui mereka berkahwin sejenis, sedangkan sebelum ini ramai antara mereka yang menyembunyikan status mereka kerana ianya satu aib, dan melanggar norma masyarakat dan agama.

Dan beliau menyatakan tindakan itu adalah untuk menyelamatkan generasi baru yang akan datang.

Putin telah mewartakan bahawa larangan perkahwinan sejenis di Rusia berdasarkan suara ramai – referendum – di mana 77% rakyat mengundi untuk tidak merestui perkahwinan sejenis pada Julai 2020.

Namun begitu, Rusia menyatakan mustahil untuk melarang mana mana mereka yang mahu berkahwin sejenis. Tetapi perkahwinan tersebut tidak akan sah di sisi undang undang negara mereka.

Hak sebagai pasangan berkahwin tidak akan dimiliki oleh mereka seperti pasangan berkahwin antara lelaki dan wanita. Jadi, Rusia turut mengumumkan bahawa mahkamah negara tersebut hanya akan mengisytihar bahawa perkahwinan itu haruslah antara lelaki dan wanita.

Selain itu, pasangan sejenis itu tidak boleh lagi mengambil anak angkat berdasarkan perundangan.

Putin menyatakan bahawa, tindakan itu diambil sebagai salah satu prinsip negara mereka yang berpegang kepada rukun ‘a belief in God’.

Dengan itu, laporan di Eropah menyebut, kini pasangan sejenis dan golongan bernafsu sejenis ini akan cuba sedaya upaya menyembunyikan diri mereka kerana mereka risau pentadbiran Putin akan mengambil tindakan yang tidak dijangka.

H**mos**sual di Rusia mulai dikeluarkan daripada akta jenyata pada 1917. Namun diletakkan sebagai kesalahan jenayah sekali lagi pada 1933.

Kemudian, pada 1933, ianya dibenarkan. Namun masyarakat di Rusia masih ramai yang tidak dapat menerima budaya ini.

Salah seorang ahli politik yang lantang menyokong dasar terbaru kerajaan mereka, Pyotr Tolstoy menyifatkan, semua rakyat harus hormat kepada imej negara Rusia yang disifatkannya sebagai negara yang berpegang teguh kepada tradisi.

Dan Pyotr memberitahu Associated Press bahawa Rusia tidak mahu mengulangi kesilapan negara negara sebelah Barat.

Di mana ada beberapa negara dilihat, golongan tersebut mulai seperti kaduk naik junjung selepas kerajaan berlembut dan mengiktiraf hak mereka.

Pyotr berkata: “Di beberapa negara, mereka melakukan kesilapan, apabila ada kumpulan dan kelompok L * BT ini diberikan kelebihan tertentu pada hak mereka, dan lebih daripada golongan majoriti.”

Namun pandangan Pyotr itu ditentang hebat oleh mereka yang pro hubungan sejenis. Kerana menurut mereka, yang membuat kesilapan adalah Rusia.

Ini bukan kali pertama Putin membuatkan penyokong hubungan sejenis ini marah. Pada 2014, Putin ditentang hebat dengan protes kerana dia menyatakan negara Rusia tidak akan mengiktiraf perkahwinan sejenis, sambil menyatakan: “Undang undang larangan kahwin sejenis itu tidak memudaratkan sesiapa.”

A man holds up a picture of an painted Russian President Vladimir Putin during the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) Rainbow Pride Parade in Bratislava, Slovakia on June 28, 2014. AFP PHOTO/SAMUEL KUBANI (Photo credit should read SAMUEL KUBANI/AFP/Getty Images)