Pengambilalihan yang diusulkan Chelsea kini sedang menuju langkah besar ke arah penyelesaian setelah Liga Premier mengesahkan bahawa penjualan itu disetujui pada hari Selasa.
The Blues menyetujui dengan terma dan syarat untuk penjualan klub ke kumpulan firma yang dipimpin oleh Todd Boehly, Clearlake Capital, Mark Walter dan Hansjorg Wyss dengan harga £4.25 billion
pada awal Mei ini.
Pengambilalihan itu itu sebelum ini sulit apabila ada spekulasi bahawa Roman Abramovich mahu menuntut £1.75 billion hutang kelab daripadanya.
Abramovich menafikan perkara itu, dan menyatakan bahawa dia kekal dengan pendirian bahawa dia tidak akan mengambil walau sesen daripada perjanjian itu dan menghanguskan hutang Chelsea daripadanya.
Hasil daripada penjualan itu dijangka akan didermakan kepada mangsa perang di Ukra ine.
Kenyataan Liga Perdana yang dikeluarkan pada hari Selasa berbunyi “Lembaga Liga Perdana hari ini telah meluluskan cadangan pengambilalihan Kelab Bola Sepak Chelsea oleh konsortium Todd Boehly/Clearlake.”
“Pembelian itu tetap tertakluk kepada kerajaan mengeluarkan lesen jualan yang diperlukan dan penyelesaian peringkat akhir transaksi yang memuaskan.”
Official. The Premier League Board has today approved the proposed takeover of Chelsea Football Club. 🔵 #CFC
“The purchase remains subject to the U.K. Government issuing the required sale licence and the satisfactory completion of the final stages of the transaction”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 24, 2022
“Lembaga Pengarah telah melaksanakan Ujian Pemilik dan Pengarah Liga Perdana (OADT) ke atas semua bakal pengarah, dan menjalankan langkah langkah yang wajar yang diperlukan.”
“Ahli Konsortium yang membeli kelab itu adalah ahli gabungan Clearlake Capital Group, L.P., Todd Boehly, Hansjorg Wyss dan Mark Walter.”
“Chelsea FC kini akan bekerjasama dengan kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan lesen yang diperlukan untuk melengkapkan pengambilalihan.”
Kerajaan Britain sebelum ini memberikan akhir bulan Mei ini sebagai tarikh akhir. Oleh kerana ada beberapa perkara yang rumit, tarikh itu dianjak lagi ke pertengahan jun hadapan.
Dengan perkembangan positif ini pastinya melegakan Chelsea. Terutama sekali Tuchel yang menganggap, semakin lama isu pemilikan ini tak diselesaikan, semakin sukar keadaan di Chelsea.
Hal ini kerana mereka tidak boleh menjual beli pemain atau melanjutkan kontrak mereka.
Dengan pemilik baharu Chelsea dikatakan sedia memberikan Tuchel dana £200 juta untuk digunakan dalam jendela perpindahan akan datang bagi merapatkan jurang kualiti pasukan mereka dengan Manchester City dan Liverpool.
🔺 NEW: Incoming Chelsea owners to give Thomas Tuchel £200million transfer boost to close gap on Manchester City and Liverpool https://t.co/7FboYZcsQV
— Times Sport (@TimesSport) May 24, 2022