Pelaksanaan VAR di Liga Perdana musim ini tidak berjalan selancar yang diharapkan.
Hampir setiap minggu, kita melihat gol tidak disahkan kerana bahu penyerang berada dalam posisi ‘offside’ atau gol dibatalkan kerana handball yang tak masuk akal berlaku jauh beberapa minit sebelum gol.
Ramai peminat yang memiliki mimpi buruk melihat garis putus-putus yang ditakuti yang digunakan oleh VAR untuk menentukan sama ada pemain offside.
Malah ada gol terpaksa menunggu sehingga 5 minit untuk disahkan.
Tetapi pada hari Khamis, VAR mencapai prestasi terburuk yang baru di Liga Perdana Inggeris.
Ini selepas Premier League mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 3 keputusan VAR adalah salah dan tak betul. Premier League meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dan macam biasa, mereka cakap akan memperbaiki diri.
Bagaimana kesalah pengadilan ini masih boleh berlaku? Dengan VAR? Bukan satu, dua, tetapi tiga.
1. Harry Kane ditolak dalam kotak penalti.
Tottenham tidak diberi penalti walaupun Josh King menolak Harry Kane dari belakang di bahagian penalti.
Setelah tamat perlawanan, Mourinho berkata: “Di dunia kita ini ye tuan tuan semua, semua orang tahu itu adalah penalti. Dan saya katakan semua orang, saya bermaksud semua orang.”
Tetapi pengadil VAR, Michael Oliver, memutuskan untuk tidak memberikannya.
The Michael Oliver agenda continues to grow…
How's that not a penalty, Mourinho is fuming pic.twitter.com/FejBUy2HSS
— Alex Smith (@alexdeveysmith) July 9, 2020
Secara kebetulan, Oliver akan menjadi pengadil dalam derby London utara pada hari Ahad ini.
2. Penalti Bruno Fernandes
Fernandes dan Man Utd dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Portugis itu dilihat terjatuh dan dirasai dikasari.
VAR digunakan namun masih memberikan penalti sedangkan Bruno Fernandes yang menginjak kaki Ezri Konsa. Kesalahan yang silap silap haribulan boleh membawa kad merah kerana stamping challenge.
Wanted to ask @ManUtd fans, how does your team get away with this every time? If anything it should be Aston Villa who get the free kick & for me Bruno Fernandes should of been sent off for dangerous play. pic.twitter.com/1X13ri5HZo
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) July 9, 2020
Walaupun bos United Ole Gunnar Solskajer menyatakan bahawa ia sebenarnya adalah penalti, namun pihak Premier League mengatakan kepada Match of the Day: “Itu adalah keputusan yang salah. Seharusnya terbalik oleh VAR tetapi tidak dan sebenarnya seharusnya menjadi satu pelanggaran terhadap Konsa.”
Sorry Ole, bekas rakan sepasukan anda pun tak setuju dengan penalti itu. Masalah dia sekarang adalah VAR yang barai.
3. Penalti untuk Southampton
Liga Perdana Inggeris juga mengakui Southampton seharusnya tidak mendapat sepakan penalti ketika James Ward-Prowse didakwa dikasarai oleh Andre Gomes.
Nasib baik, Ward-Prowse kemudiannya gagal menjaringkan penalti.
“Prestasi pengadil adalah seperti pasukan saya, tidak begitu baik,” kata bos Everton, Carlo Ancelotti selepas perlawanan.
😡The Premier League Match Centre admitted to Match Of The Day that it was the wrong decision to give Southampton a penalty for Andre Gomes’ challenge on James Ward-Prowsepic.twitter.com/eXJP8xHenT
— The Toffee Blues (@EvertonNewsFeed) July 9, 2020
Nampaknya pejabat VAR menjadi panas pada hari ini. Tu la, memain lagi dengan benda tu.