Peminat Chelsea dan beberapa pundit mempersoalkan tindakan VAR yang tidak membatalkan keputusan pengadil memberikan penalti kepada Ipswich.
Malah ramai berpendapat mereka telah menyaksikan ‘keputusan VAR terburuk sepanjang zaman’ semasa perlawanan Chelsea menentang Ipswich di Portman Road pada hari awal pagi Selasa waktu Malaysia.
Pasukan bimbingan Enzo Maresca melepaskan penalti pada minit ke-12, yang dimenangi dan dijaringkan oleh penyerang Tractor Boys, Liam Delap untuk mencatatkan gol ketujuhnya musim ini.
Bagaimanapun, peminat di media sosial pantas mempersoalkan keputusan pengadil untuk memberikan penalti.
Ipswich menggerakkan bola ke hadapan dengan intensiti tinggi sebelum Leif Davis melorongkan bola ke arah Delap yang kelihatan kehilangan keseimbangan sebelum didakwa dikasari oleh Filip Jorgensen, membuatkan pengadil memberikan sepakan penalti.
Namun pada ulang tayang ramai yang menuduh Delap sebagai melakukan simulasi setelah dia kehilangan momentumnya.
Liam Delap sendiri akui dia tidak pasti sama ada Jorgensen mengasarinya atau tidak, dia cuma terjatuh pada masa itu.
Pemain itu berkata: “Saya tidak pasti apa yang telah menyentuh kaki saya. Saya cuba untuk sampai dulu namu dia [Filip Jorgensen] keluar dengan sangat pantas. Dan saya tahu dia akan menyentuh saya jika saya gagal untuk menewaskan dia.”
Liga Perdana atau Premier League kemudian mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan tentang keputusan VAR, sejurus selepas insiden itu, ia berbunyi: “Panggilan penalti dibuat oleh pengadil atas kesalahan Jorgensen terhadap Delap telah diperiksa dan disahkan oleh VAR, yang menganggap terdapat sentuhan yang mencukupi untuk penalti.”
Namun kenyataan itu tidak cukup meyakinkan peminat Chelsea,
Seorang peminat The Blues berkata: “Dia jelas berdiri kemudian simulasi.”
Yang seterusnya mengulas: “Dia sudah pun kehilangan bola pada ketika itu.”
Kemudian ramai juga yang menyatakan bahawa, mungkin ada sentuhan namun ianya sangat minimum.
https://x.com/i/status/1873823761432252700
Lalu ada yang berkata: “Apa gunanya ada VAR kalau penalti ini tidak dibatalkan.”
Ada juga yang setuju dengan keputusan VAR dengan menegaskan bahawa memang ada sentuhan yang menghalang Delap daripada memenangi bola seterusnya.
Penalty all day🤣😂 how can Chelsea fans say no pen pic.twitter.com/g6ElNpKu8I
— Charlie (@FCcharlieK) December 30, 2024
Pada minit ke-27, VAR campur tangan ke atas gol oleh Joao Felix kerana mengesan ada ofsaid pada binaan gol itu.
Chelsea kalah 2-0 di Portman Road. Ini apabila bekas pemain Chelsea sendiri, Omari Hutchinson menambah satu lagi gol untuk Ipswich pada separuh masa kedua.
Enzo Maresca turut memberikan pandangannya tentang keputusan VAR itu: “Pemain pemain saya memberitahu sentuhannya sangat sedikit, namun kita harus terima keputusan VAR tersebut.”
Kekalahan ini membuatkan Chelsea terlepas peluang untuk meminta Arsenal dan Forest dalam kedudukan liga.
Sementara itu Ipswich pula kekal di zon penyingkiran namun kini hanya dibezakan dengan 1 mata daripada kedudukan zon selamat.