Premier League Sudah Sediakan Trofi Emas Khas Untuk Liverpool

Liverpool akan menerima trofi Liga Perdana Emas yang istimewa jika masih tidak terkalahkan sepanjang musim ini.

Pasukan dibawah kendalian Jurgen Klopp itu kini 25 mata di puncak Liga Perdana dan boleh memenangi gelaran seawal bulan depan.

Dengan 26 perlawanan,Liverpool sudah memenangi 25 darinya dam hanya memperoleh satu sahaja keputusan seri.

Target utama Jurgen Klopp pada awalnya hanyalah untuk memenangi gelaran Liga perdana yang pertama mereka selepas 30 tahun.

Namun dengan persembahan dan semangat juang yang di tunjukkan, tidak mustahil untuk mereka memenangi Invicible pada musim ini.

Menurut Daily Mail, Liverpool akan diberi Piala emas yang istimewa sekiranya mereka berjaya memenangi gelaran Liga Premier dan kekal tidak terkalahkan untuk 12 perlawanan akhir musim ini.

‘Invincibles’ Arsenal yang dilakukan pada musim 2003/2004 mereka telah diberikan trofi dengan rekod kemenangan / kekalahan mereka terukir di atasnya.

Trofi ini juga lebih kecil daripada Piala Liga Perdana yang biasa. Hal ini mungkin tidak mengejutkan kerana walaupun kecil ianya adalah piala Emas.

Liverpool perlu menang keatas Manchester City dan Chelsea dalam pertemuan mereka beberapa minggu akan datang supaya trofi emas itu tidak terlepas.

https://twitter.com/SimonBrundish/status/1229676289793101825?s=19

Walau bagaimanapun, dengan persembahan semasa yang di tunjukkan oleh mereka kini, tidak mustahil untuk mereka memenangi kesemua baki perlawanan dari sekarang sehingga Mei nanti.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang mereka miliki, Klopp yakin pasukannya musim ini boleh menghabiskan Liga dengan tidak terkalahkan.

Klopp bijak merangka strategi untuk menurunkan pemain dan merehatkan mana yang perlu untuk semua kejohanan yang masih mereka sertai.

Dengan persembahan semasa yang ditunjukkan oleh City dan Chelsea pasukan bawah Kendalian Klopp semakin yakin untuk memenangi kesemua baki perlawanan mereka musim ini.

“Saya berjanji kepada anda bahawa saya tidak berbohong kami benar-benar merasakannya,”

kata bos Liverpool selepas kemenangannya di atas Wolves pada awal bulan itu. Mereka benar-benar merasakan bahawa mereka mampu menghabiskan baki perlawanan musim ini dengan kemenangan.

“Saya seorang yang sangat optimis tetapi tidak sebelum bermulanya perlawanan bola sepak. Perasaan utama yang rasa rasakan sebelum perlawanan [vs Wolves] adalah kebimbangan.”

“Mereka mempunyai terlalu banyak cubaan tetapi apa yang dilakukan oleh Ali [Alisson] untuk menyelamatkan gawangnya kelihatan begitu mudah, saya tidak tahu apa-apa.”

“Kami tidak sempurna, tidak dekat dengan sempurna, tetapi kami tidak peduli untuk menjadi sempurna. Kami hanya cuba menggunakan kemahiran kami dengan cara yang terbaik.”

“Anak-anak buah saya berbuat demikian dan itulah sebabnya kita mempunyai nombor-nombor seperti ini. Ia hanya merasakan kerja yang paling sukar.”

Mereka juga merupakan salah satu pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara dan mereka pergi ke Sepanyol untuk menghadapi Atletico Madrid pada malam Selasa nanti.

Adakah anda fikir Liverpool akan menamatkan musim tanpa kalah?

Sila nyatakan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Baca yang lain