Premier League Terus Berunding Dengan Pemain Tentang Pemotongan 30% Gaji

Premier League akan meminta para pemain menerima pemotongan gaji sebanyak 30% bagi menyelamatkan lebih ramai pekerja dan pekerjaan lain.

Penangguhan liga terpaksa dilakukan dan masih belum mempunyai tarikh tepat bila ianya akan disambung semula.

Apabila keadaan kembali pulih dan selamat barulah liga ini akan disambung semula.

Semua kelab telah bersetuju dengan cadangan tersebut yang terbahagi kepada 2 pilihan sama ada pemotongan terus atau penangguhan gaji yang akan dibayar pada masa akan datang.

Ia bergantung kepada kemampuan kewangan kelab pada sekarang dan pada masa akan datang untuk mengambil langkah pemotongan atau penangguhan.

Premier League akan memberi wang pendahuluan kepada EPL sebanyak £ 125 juta kepada EFL dan Nation League. £ 20 juta lagi akan diberikan kepada NHS.

Ketika ini semua kelab masih berhasrat melengkapkan semua perlawanan liga dan pertandingan piala.

Liga Perdana masih mempunyai baki 10 hingga 11 perlawanan sementara itu Piala FA mempunyai baki 3 perlawanan sebelum dapat melihat pasukan manakah yang akan menjadi juara.

Liverpool sudah pasti akan merangkul kejuaraan Liga Perdana sejak sekian lama menunggu.

Liverpool menunggu keputusan dengan penuh debaran, adakah mereka akan dimahkotakan kejuaraan pertama sejak 1990

Manchester Utd, Manchester City, Arsenal dan Chelsea antara 4 dari 8 pasukan yang sedang berada di peringkat suku akhir.

EFL: Women Super League dan Women Championship juga digantung tanpa menetapkan bilakah tarikh akan disambung semula.

Bermakna keseluruhan bola sepak Inggeris ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak diketahui.

“Ia diakui bahawa Liga Perdana tidak akan disambung semula pada awal Mei dan musim 2019-20 hanya akan kembali apabila selamat dan sesuai untuk melakukannya,” kenyataan dari Premier League

“Sebarang keputusan untuk kembali bermain hanya berlaku selepas mendapat sokongan penuh kerajaan dan apabila panduan dari pihak kesihatan membenarkannya.”

Setiausaha kesihatan Matt Hancock telah menyarankan kelab melakukan pemotongan gaji. Kelab dan pemain perlu memainkan peranannya ketika wabak Coronavirus ini sedang melanda dunia.

Sesetengah kelab kecil telah memecat kakitangan biasa akibat penutupan aktiviti sukan pada ketika ini.

Jordan Henderson mengetuai cadangan untuk mewujudkan tabung bantuan

Sebelum kenyataan dari Premier League dikeluarkan, kapten kelab di Liga Perdana yang diketuai oleh Jordan Henderson telah mengadakan perbincangan bagi mewujudkan dana amal yang akan memberi manfaat kepada NHS.

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) sebelum ini telah menulis surat kepada ahli agar mereka tidak bersetuju dengan apa-apa pengurangan atau penangguhan gaji sehingga mereka berbincang dengan kesatuan itu.

Selepas kelab-kelab bermesyuarat pada hari Jumaat, Premier League mencadangkan pemotongan gaji bagi melindungi pekerja yang lain.

Panduan itu akan terus dikaji bergantung kepada perubahan keadaan semasa.

Pihak liga akan mengadakan hubungan rapat dengan PFA dan kesatuan pemain ini akan menyertai pertemuan yang akan diadakan hari ini (Sabtu) , melibatkan pihak liga, wakil pemain dan wakil kelab.

Pemain sayap Crystal Palace, Andros Townsend telah meluahkan kekecewaannya terhadap Hancock yang menyalahkan pemain bola sepak dan pemain adalah sasaran mudah.

Andros Townsend mengganggap para pemain dijadikan sasaran mudah untuk menyelesaikan masalah semasa

Premier League menegaskan mereka sedar tentang kerumitan piramid bola sepak di Inggeris apabila tiada perlawanan berlangsung. Kumpulan bawah seperti Nation League dan EFL perlu diberi bantuan kerana ketiadaan aliran tunai.

Ketua jawatankuasa Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan kerajaan telah menyambut baik bantuan kepada kelab-kelab kecil tetapi pemotongan gaji masih belum dipersetujui oleh pemain.

Namun kesepakatan yang dicari sudah semakin hampir.

Menteri Sukan Nigel Huddlestone pula mengatakan menjadi keperluan untuk memotong gaji pemain selepas kakitangan yang bergaji murah sudah terkesan.

“Pihak berkuasa bola sepak mesti sedar akan perasaan orang ramai dan saya mengharapkan mereka menunjukkan kepimpinan mengenai perkara itu.”

“Adalah penting bahawa Premier League membantu usaha negara sebagai tindak balas kepada pandemik coronavirus dan saya akan terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa bola sepak.”

Badan-badan bola sepak England memutuskan bahawa mereka mempunyai sedikit pilihan selain dari memanjangkan penggantungan perlawanan.

Ia bermakna Piala FA akan nerhenti di peringkat suku akhir, promosi dan penyingkiran tidak dapat diselesaikan

Liverpool berdebar menunggu peluang untuk meraih kejuaraan pertama liga sejak 1990.

Buat masa sekarang tidak ada apa-apa keputusan lagi, banyak perbincangan berlaku dan senario untuk menyimpulkan bagaimana musim 2019-20 ingin ditamatkan juga sedang dibincangkan.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa