Premier League Tuduh FIFA Dah Melampau

Premier League tampil mengutuk FIFA sebagai keterlaluan  dan sangat melampau menganjurkan Piala Dunia Kelab dengan format baharu mereka.

Ini kerana penganjuran Piala Dunia Kelab oleh FIFA dianggap membuatkan jadual perlawanan melibatkan kelab kelab EPL menjadi sangat padat.

Dalam laporan oleh Telegraph, Premier League sebulat suara menyimpulkan bahawa FIFA sudah terlalu melampau.

Premier League bertegas bahawa mereka tidak akan menangguhkan sepak mula musim hadapan hanya kerana membantu Manchester City dan Chelsea mendapat rehat lebih lama selepas terlibat dengan Piala Dunia Kelab.

Sebelum ini presiden FIFA, Gianni Infantino sudah memberikan amaran bahawa semua kelab harus patuh dan menghantar pasukan utama ke kejohanan itu.

Piala Dunia Kelab FIFA menggunakan format baharu untuk pertandingan yang bermula dari 15 Jun sehingga 13 Julai 2025.

CEO, Tony Scholes berkata: “Kenapa kita pula yang kena ubah jadual kita, sedangkan pertandingan mereka yang mengganggu jadual kita. Dan pertandingan itu adalah pertandingan yang kita bantah.

“Kita harus semak balik. Kita berdepan  dengan gangguan ke atas jadual liga kita oleh FIFA. Kalendar  yang sedia ada pun kita dah habis pusing dah ni. Dan kita dah tak boleh lagi nak tangguhkan sepak mula liga musim hadapan.

Seterusnya, Scholes juga mennjelaskan jadual pertandingan kelab Eropah yang semakin padat juga memburukkan lagi  keadaan. Dan dia sedang berusaha untuk menykinkan Liga Inggeris agar memansuhkan kembali sistem timbal balik separuh akhir Piala Carabao.

Ini selepas mereka memansuhkan sistem timbal balik dalam Piala FA.