Presiden AC Milan, Paolo Scaroni melabel Serie A tidak menarik seperti EPL. Itu yang membuatkan liga itu jauh ketinggalan di belakang EPL dari segi nilai dan jumlah tajaan.
Kurangnya perlawanan yang menarik di Serie A membuatkan liga itu semakin tidak mendapat tempat di hati peminat global.
Jadi beliau berharap akan lebih banyak perlawanan yang menarik di Serie A untuk membolehkan liga itu kembali menjadi liga no.1 di Eropah sama seperti dahulu.
Serie A satu ketika dahulu dianggap liga paling agung di dunia. Kerana itulah ramai pemain bintang berlumba lumba datang menyertai kelab di Itali.
Kini Serie A berdepan dengan kesukaran untuk menarik tajaan penyiaran yang tinggi. Kerana liga itu tak cukup bernilai di mata penaja. Beliau menegaskan isu ini akan memberikan kesan kepada Liga Itali dan bola sepak Itali di masa akan datang.
Beliau tidak menolak kemungkinan Serie A akan terkeluar daripada kelompok liga elit di eropah seperti EPL, La Liga dan Bundesliga.
Sesuatu harus dilakukan segera bagi menyelamatkan bola sepak Itali.
Scaroni berkata: “Saya risau dengan masa depan Serie A dan bola sepak Itali secara keseluruhannya.”
“Kita masih gagal mendapatkan apa yang kita mahukan di peringkat global.”
“Kita hanya meraih 200 juta euro sedangkan Liga Perdana Inggeris mendapat 2.2 billion euro. Bezanya sangat jauh.”
“Hanya dengan mewujudkan lebih banyak aksi yang menarik barulah kita boleh menarik orang ramai kembali menonton Serie A berbanding liga lain di dunia.”