Presiden Argentina, Javier Milei kecewa dengan kenyataan timbalan setiausahanya yang mendesak Lionel Messi dan presiden AFA, Claudio Tapia agar meminta maaf kepada Perancis kerana sudah mencemarkan nama Argentina di mata dunia.
Timbalan Setiausaha Sukan Argentina Julio Garro, mengecam tindakan pemain pemain bola sepak Argentina yang menurutnya telah mencemarkan nama baik negara itu.
Garro berpendapat, video yang dimuat naik oleh Enzo Fernandez di Instagram telah membuatkan ramai menggelarkan Argentina sebuah negara yang rasis.
Garro mendesak Presiden Argentine Football Association (AFA), Claudio “Chiqui” Tapia , dan kapten Lionel Messi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Perancis.
Ini selepas pasukan Argentina meraikan kejayaan menjuarai Copa America dengan lagu rasis. Menurut Garro sebagai kapten Messi seharusnya sedar perbuatan rakan rakannya itu tidak betul dan bolej mencemarkan imej negara.
Dan kini Garro mahu Messi dan Presiden AFA bertanggungjawab dan meminta maaf. Julio Garro berkata: “Pada pendapat saya, kapten Argentina, Lionel Messi, kamu harus tampil membuat permohonan maaf bukannya hanya berdiam diri di atas apa yang berlalu.
“Seterusnya, saya juga merasakan presiden AFA juga harus meminta maaf kepada Perancis. Ini kerana apa yang berlaku, menerusi video Enzo Fernandez itu telah meletakkan negara kita dipandang serong oleh negara lain di seluruh dunia.
“Ini adalah peluang untuk kita belajar daripada kesilapan. Dan mahu masyarakat melihat bola sepak sebagai wadah untuk saling bermaafan. Kita mahu memberitahu bahawa sikap saling bermaafan itu adalah perkara yang mulia.
“Perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita, diajar di sekolah dan di dalam kelab bola sepak. Namun kita masih tidak melihat lagi kenmuncaknya dalam dunia bola sepak.
Argentina government itself asks AFA President Tapia and Argentina captain Lionel Messi to apologise for the racist and transphobic chants against France
And here Messi fans were insulting me because I said as a captain Messi has to take responsibility and address the incident. pic.twitter.com/CSp9OcInfu
— Footballista ☭ (@Footballistan_) July 17, 2024
Presiden Argentina, Javier Milei telah menyatakan kemarahannya kepada kenyataan media daripada pejabat setiausaha sukan itu. Di mana menurut Milei, lagu tersebut bukannya rasis tetapi lagu itu adalah kebenaran situasi di Perancis yang ramai diwakili pemain berdarah Afrika.
Milei berpendapat bahawa pemain pemain Argentina tidak perlu meminta maaf. Kerana mereka tidak melalukan sebarang kesalahan. Lagu itu bukan berkaitan dengan warna kulit tetapi tentang asal keturunan pemain Perancis yang ramai berdarah Afrika.
Kemudian Javier Milei kini mahu menteri sukan Argentina memecat Julio Garro yang dianggap mengeluarkan kenyataan tidak betul.
Dia berkata: “Garro harus dipecat serta merta!”
🚨#ALERTA | ¿Boleto picado para Julio Garro? El duro retweet que dio Javier Milei
🗣️"GARRO TIENE QUE ESTAR AFUERA YA MISMO", dice el posteo que compartió @JMilei
📌El funcionario macrista tampoco cuenta con el respaldo de Scioli y Francos, según pudo saber @okdobleamarilla pic.twitter.com/5VTyLin0yY
— doble amarilla ⭐️⭐️⭐️ (@okdobleamarilla) July 17, 2024