Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva atau Lula buat hal lagi. Kali ini dia campur tangan dalam pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan Brazil.
Dia meminta pengurus Brazil untuk tidak memanggil beberapa bintang mereka yang bermain di Eropah daripada mewakili negara.
Dia meminta pasukan kebangsaan Brazil tidak memanggil bintang bintang di Eropah termasuk nama besar seperti Vinicius Jr. Pemain yang dianggap calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or.
Lula meminta CBF memanggil pemain pemain Liga Brazil sahaja untuk bermain mewakili negara mereka.
🚨🚨| BREAKING: Brazilian president Lula da Silva said he recently met with the president of the Brazilian Football Confederation and proposed selecting ONLY players who play in Brazil for the national team.
This would EXCLUDE players like Vinícius, Rodrygo, Militão, and… pic.twitter.com/0Tj0ZrBpCB
— CentreGoals. (@centregoals) October 12, 2024
Ini kerana menurutnya, mereka semua bukanlah pemain yang terlalu bagus untuk dipanggil. Dia meminta pengurus Brazil untuk mengutamakan pemain yang bermain di Liga Brazil.
“Pemain pemain Brazil yang bermain di luar negara tidaklah lebih bagus daripada pemain yang bermain di sini,” kata Lula selepas Brazil menewaskan Chile 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.
Dua gol Brazil menerusi Luiz Henrique dan Igor Jesus, di mana kedua duanya bermain untuk kelab Brazil iaitu Botafogo di Rio de Janeiro.
Lula sudah bertemu dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil / CBF iaitu Paraguayan Alejandro Domínguez. Dan presiden CBF sendiri sudah membayangkan bahawa pasukan Brazil mungkin akan kehilangan beberapa pemain bintang di eropah termasuk Vinícius, Rodrygo, Militão dan Endrick dari Real Madrid, serta Raphinha dari Barça.
Lula bengang melihat pemain pemain bintang ini dikatakan agak selektif dalam tugasan antarabangsa. Dia berkata: “Mereka tak bagus mana pun. Mereka bukan Garrincha atau Romario. Mereka ni cuma pemain pemain muda yang masih belum bergelar bintang sekalipun.
“Di Brazil, kita sudah ada pemain yang sama kualiti dengan mereka yang bermain di luar negara. Jadi berikan mereka ini peluang, pemain pemain yang berada di sini.”