Presiden Brazil Kecam Neymar: “Nak Jadi Macam Messi, Jangan Jadi Kaki Parti”

Presiden Brazil, Lula dengan terbuka mensasarkan kritikan ke atas Neymar yang menurutnya telah mengecewakan seluruh negara.

Lula terkilan kerana pada usia 36 tahun Messi masih mampu memenangi Ballon d’Or yang kelapan dalam kariernya. Sedangkan Neymar tiada satu pun.

Messi juga memiliki Piala Dunia bersama Argentina. Neymar pula tidak menepati aspirasi rakyat Brazil yang ramai menganggap dia idola.

Di mana pada eranya, Brazil gagal memenangi sebarang edisi Piala Dunia. Termasuk kempen mengecewakan di Qatar 2022 yang lalu.

Presiden Brazil itu menyindir kehidupan di luar padang Neymar menjadi sebab utama kenapa pemain itu tidak pernah mencapai tahap yang Messi ada sekarang.

Neymar dikenali sebagai seorang yang suka berparti lewat malam dan suka bermain poker.

Lula berkata: “Seorang lelaki berusia 36 tahun, dia menjadi juara dunia dan menang Ballon d’Or tahunm ini.”

“Sementara itu ada seseorang [menyindir Neymar] yang sepatutnuya menjadi inspirasi kanak kanak di tv kemudian hilang entah ke mana. Berapa tahun sejak Brazil memiliki idola di atas padang sepertinya?,” tegas Lula merujuk kepada fenomena Neymar yang menjadi kegilaan anak muda di Brazil.

Gaya hidup Neymar dianggap tidak sihat dan membuatkan dia gagal mencapai potensi sebenarnya.

Lula kemudian menambah: “Jika kamu nak memenangi Ballon d’Or, kamu harus berdedikasi. Ianya tak akan berjaya dengan kehiudpan berparti dan kehidupan lewat malam kamu.”

Lionel Messi kini berjaya menjadi pemain pertama yang bermain di luar liga Eropah untuk memenangi Ballon d’Or. Dia menewaskan pesaing utamanya iaitu Erling Haaland dan Kylian Mbappe.

Walaupun ramai mungkin agak kurang setuju dengan Messi menang Ballon d’Or berbanding pemenang treble Haaland, namun masih ramai yang percaya Messi juga berhak.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu