Presiden Fenerbahce membuat satu kenyataan yang mengejutkan tentang Ozil. Sebelum ini terdapat laporan menyatakan Ozil sanggup menerima pengurangan gaji di Fenerbahce.
Sebenarnya, Ozil hanya akan menerima pengurangan gaji selepas kontrak dia di Arsenal tamat. Jika Arsenal mahu melepaskan Ozil, pemain itu sebelum ini sudah memberitahu dia tak mahu menerima gaji kurang seperti mana dipersetujui dalam kontrak.
Arsenal membayar Ozil £350k seminggu. Dan Ozil mahu Arsenal memberikan jaminan kelab baharunya memberikannya gaji sekurang kurangnya untuk sepanjang musim 2019/20. Itu adalah tempoh kontrak Ozil bersama Arsenal.
Awal musim ini, Pemilik Arsenal dilaporkan mahu masa depan Ozil diselesaikan dengan segera, pada Januari.
Arteta kemudian menyatakan bahawa Ozil menjadi pemain yang tiada dalam perancangannya musim ini. Ozil disisihkan daripada skuad EPL dan UEL pasukan The Gunners.
Arteta seterusnya menyatakan beliau berharap deal melibatkan Ozil akan memberikan kebaikan kepada pihak Ozil dan Arsenal.
“Jika perkara ini diselesaikan bukan ini, bermakna kerana ianya bagus untuk kedua dua pihak – sama ada untuk Ozil dan untuk kelab.”
“Jika itu berlaku [perjanjian memberikan manfaat kepada semua pihak], maka kita akan terus kepada langkah seterusnya [dalam rundingan]. Jika ianya tak berlalu, maka dia akan terus kekal di sini.”
“Kita akan menentukan keputusan kita dalam beberapa hari ini,” jelas Mikel Arteta.
Mesut Ozil yang ketika itu berada pada enam bulan terakhir kontraknya. Beliau bebas bercakap dengan mana mana kelab. Namun Ozil memutuskan mahu terus kekal sehingga kontraknya tamat.
"Good for Mesut and his future, and good for the club."
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 7, 2021
Mesut Ozil menjadi salah seorang perancang terbaik yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris. Tetapi beliau gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama secara konsisten di bawah kendalian Unai Emery dan Mikel Arteta.
Ozil turut menyindir Arsenal bahawa, tak ramai pemain yang boleh setia seperti beliau. Merujuk kepada beberapa bintang Arsenal yang pergi meninggalkan kelab itu selepas mendapat tawaran daripada kelab besar lain.
Ozil menyatakan dia terus kekal di Arsenal walaupun ada beberapa kelab besar mahukannya. Lalu Ozil menegaskan, jika Arsenal mahu mengeluarkan beliau dengan apa jua cara, Ozil mahu Arsenal mencari kelab yang mampu menanggung GBP350k seminggu ataupun Arsenal sendiri membayar sebahagian gaji Ozil di kelab lain.
Arsenal ketika itu dilaporkan masih berhutang gaji Ozil sebanyak €10 juta untuk setengah musim yang dia tidak beraksi musim ini. Ozil pada masa yang sama menuntut kelab baharunya harus membayar €10 juta lagi seperti termaktub di dalam kontraknya bersama Arsenal.
Tiba tiba Ozil menyertai Fenerbahce. Pasukan yang tidak memiliki kewangan yang sekukuh pasukan seperti pasukan EPL. Lalu timbul teori bahawa sebenarnya Mesut Ozil setuju menerima pengurangan gaji dengan sebahagian dibayar Arsenal.
Tetapi, Ali Koc dengan dramatiknya mendedahkan kepada wartawan bahawa Fenerbahce tidak mengeluarkan sesen pun untuk perpindahan dan gaji Ozil. Ali Koc berkata: “Kami tidak membayar sesen pun untuk Mesut Ozil. Ya kami tak bayar apa apa. Tiada Testimonial. Gaji dia pun Arsenal bayar musim lepas.”
Fenerbahce president Ali Koc: "we didn't pay a penny for Mesut Ozil. Yeah, we didn't pay. No testimonial. His salary was also paid by Arsenal last season." https://t.co/VfMvqahW2t
— Ekrem KONUR (@Ekremkonur) June 25, 2021
BACA JUGA: Detik Ozil Kecam Arsenal Tak Sokongnya Isu Uighur, Akui Isu Gaji Mungkin Sebab Dia ‘Dibekukan’
Playmaker Arsenal, Mesut Ozil mengkritik Arsenal dengan membuka mulut sejujurnya dengan mengecam kelabnya berkenaan dua perkara.
Dalam satu temubual eksklusif bersama The Athletic, selain daripada membincangkan soal masa depannya dengan Arsenal, Ozil juga membidas Arsenal berkenaan:
- Isu etnik Uighur
- Pemotongan gaji
Ozil: Kelab tak sokong saya ketika bersuara untuk Uighur
Arsenal mengeluarkan kenyataan pada 14 Disember menyatakan pihaknya tidak ada kaitan dengan pendirian yang disuarakan pemain tengahnya Mesut Özil yang mengkritik dasar China terhadap minoriti Uighur di Xinjiang.
“Berhubung komen oleh Mesut Özil pada media sosial, Arsenal perlu membuat kenyataan jelas.”
“Kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Özil,” tegas kenyataan kelab itu di media sosial China Weibo.
“Sebagai kelab sepak, Arsenal sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak mencampuri hal politik.”
Dalam catatannya bertajuk ‘East Turkistan: Bleeding Wound of Islamic Ummah’ yang dimuat naik di Twitter dan Instagram pada Jumaat, Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah pemerintah China.
Beliau menggambarkan etnik Uighur sebagai “pejuang yang menentang penganiayaan”.”
“Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan. Ulama dibunuh seorang demi seorang. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri,” katanya dalam kenyataan berbahasa Turki itu.
Beijing dituduh menindas etnik minoriti Uighur di Xinjiang dengan menahan mereka secara paksa di kem latihan vokasional.
Satu laporan oleh pelapor khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa sekurang-kurangnya sejuta atau 7 peratus umat Islam di Xinjiang dimasukkan dalam kem ‘pendidikan politik’ berkenaan.
China berulang kali menafikan dakwaan tersebut. Kesannya Ozil diberikan tekanan ekonomi dengan namanya dikeluarkan dari PES di China.
Kesemua gambarnya yang ada di papan iklan diturunkan. Ozil kemudian tidak dapat kontrak baharu daripada Adidas dipercayai kerana isu ini. China memang suka memberikan tekanan ekonomi kepada mereka yang menentang mereka.
Ozil kemudian membidas Arsenal yang tidak menyokongnya ketika beliau bersuara secara peribadi tentang layanan China kepada etnik Uighur. Dan menafikan kenyataannya adalah bersifat politik.
Ozil turut hairan dengan Arsenal, apabila kelab itu menjadi kelab EPL paling lantang memperjuangkan kempen Black Lives Matter yang menurut Ozil mirip kepada apa yang beliau perjuangkan untuk etnik Uighur.
“Semua manusia itu sama. Tak kira kamu agama apa, warna kulit kamu apa, tak kira kamu Muslim, Kristian, Yahudi, hitam, putih dan apa sahaja. Kita semua ni sama.”
Ozil ‘disappointed’ with Arsenal after refusing to criticise China over Uighur killings and says ‘Muslim Lives Matter’ https://t.co/97NA9Tr7I4
— todayheadline (@TodayHeadline42) August 13, 2020
“Apa yang saya katakan dahulu bukan menentang orang China, tetapi ianya menentang mereka yang menindas Muslim Uighur. Dan orang lain tak membantu mereka sepertimana mereka membantu negara Islam yang lain.”
“Saya sudah banyak berjasa kepada Arsenal di dalam dan luar padang, jadi reaksi kelab sangat mengecewakan saya.”
“Mereka kata mereka tak nak terlibat dalam isu politik. Tetapi ini bukan politik, sebaliknya mereka terlibat dalam isu lain.”
“Di AS, kita melihat pembunuhan George Floyd dan dunia bersuara dengan Black Lives Matter, dan itu tindakan yang betul.”
“Kita semua sama sahaja, dan salah satu yang baiknya, semua orang menentang ketidakadilan. Ada ramai pemain berkulit hitam dan penyokong Arsenal yang berkulit hitam – mereka luar biasa dan kelab memberikan sokongan kepada mereka.”
“Tetapi saya berharap orang akan melakukan perkara serupa kepada Muslim kerana Arsenal ada ramai pemain dan penyokong Muslim. Sangat penting untuk dunia berkata Muslim Lives Matter.”
https://twitter.com/Molatsportgist/status/1293878694008827904
Ozil: Mereka tak jelas
Selain daripada itu, Mesut Ozil sekali lagi membidas cara Arsenal memotong gaji pemain. Ozil merasakan tindakan Arsenal tak jelas, terburu buru dan pemain tidak diberikan konsultansi.
Lebih menyedihkan apabila baru baru ini Arsenal membuang 55 staf mereka sedangkan Arsenal sebelum ini menyatakan wang hasil pemotongan gaji pemain adalah untuk membantu meneruskan operasi kelab.
Arsenal Mahu Buang 55 Staf Kerana Tekanan Ekonomi Yang Mendapat Kecaman Penyokong https://t.co/FFzvVBvDNj
— VOCKET FC (@vocketfc) August 6, 2020
“Sebagai pemain kita semua nak menyumbang. Namun kita perlu tahu lebih banyak informasi dan banyak persoalan yang tak dijawab.”
“Semua pemain ok saja dipotong gaji kerana ada banyak kesulitan. Saya pun ok untuk dipotong lebih besar daripada yang lain – jika itu perlu sehinggalan bola sepak kembali membaik.”
“Namun tiba tiba mereka mahu memotong gaji kami tanpa konsultansi yang lebih jelas.”
“Sesiapa sahaja dalam situasi ini, kamu wajib tahu segalanya. Nak faham kenapa ini berlaku dan ke mana wang ini akan pergi.”
“Tetapi kami tak diberikan butiran lebih jelas. Kami hanya diminta membuat keputusan. Ianya terlalu cepat untuk perkara sepenting ini. Dan tekanannya sangat tinggi.”
“Ini tak adil terutama sekali kepada para pemain muda. Dan saya menolak untuk bersetuju. Saya ada anak di rumah dan komitmen untuk keluarga di Jerman dan Turki. Badan kebajikan saya perlukan wang dan projek kebajikan baharu di London pun saya ada yang gerakkan.”
“Tetapi projek itu adalah lebih kepada hati ikhlas dan bukan untuk dihebahkan dengan publisiti.”
“Orang yang kenal saya, tahulah betapa pemurahnya saya untuk kebajikan. Setahu saya, ada pemain lain selain saya yang turut menolak pemotongan gaji.”
“Namun kenapa cuma nama saya yang keluar? Saya rasa ada pihak yang mencuba selama dua tahun ini nak menghancurkan nama saya, nak buat saya kecewa dan menghasut penyokong untuk menentang saya serta menggambarkan imej yang tak tepat.”
🗣️ Mesut Ozil on rejecting a pay cut:
"We didn’t get enough details, we just had to give a decision. This was not fair, especially for the young guys, and I refused. As far as I’m aware I was not the only player who rejected the cut in the end, but only my name came out." pic.twitter.com/D1w7lAfbkc
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) August 13, 2020
Ozil tak menolak kemungkinan bahawa tindakannya enggan dipotong gaji antara sebab dia tak dapat bermain lagi selepas itu ataupun dibekukan.
Sebaik liga disambung semula Ozil tidak bermain walau seminit pun aksi kompetitif walaupun di Twitternya beliau sentiasa menyatakan dia sudah bersedia untuk beraksi.
“Ada kemungkinan itu mempengaruhi peluang saya bermain di atas padang. Entahlah! Tapi saya tak takut nak bersuara untuk perkara yang saya rasa betul.”