Presiden FIFA Mahu Setiap Negara Letak Nama Pele Pada Salah Satu Stadium Mereka

Presiden FIFA telah memberitahu wartawan bahawa badan yang menaungi bola sepak dunia itu akan meminta semua negara di bawah naungannya agar meletakkan salah satu nama stadium mereka dengan nama Pele.

Menurut Infantino, langkah itu perlu dibuat untuk menghargai jasa Pele dan memastikan generasi baharu akan terus mengenali nama Pele.

Pele meninggal dunia pada usianya 82 tahun pada akhir tahun 2022 selepas bertarung dengan kanser.

Infantino menganggap Pele sebagai legenda yang sangat penting dalam bola sepak. Menjadi satu satunya pemain yang menjuarai 3 Piala Dunia dan menjaringkan lebih 1,000 gol dalam kariernya, namun ada banyak gol Pele yang tidak diiktiraf FIFA sebagai gol perlawanan rasmi.

Sepanjang kariernya, Pele seringkali dibandingkan dengan seorang lagi seteru dan kemudian rakan baiknya iaitu Maradona.

Infantino memberitahu wartawan: “Kami akan meminta semua negara di seluruh dunia agar menamakan salah satu stadium bola sepak mereka dengan nama Pele.”

“Ini kerana saya percaya generasi di masa akan datang harus mengenali nama Pele dan keseronokan yang dia telah bawakan kepada dunia.”

Sebelum ini di Brazil sudah pernah ada usaha untuk  menamakan stadium Maracana sempena nama Pele pada 2 tahun lalu.

Namun entah bagaimana, usaha itu tidak diteruskan dan nama Maracana ditukar kepada Stadium Jornalista Mario Filho.

Kini kerajaan Brazil pasti akan memikirkan semula idea itu.

Baca yang lain