Presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadilan (CTA) La Liga, Luis Media Cantalejo, telah didakwa kerana kesalahan memanipulasi imej VAR untuk merosakkan Real Madrid.
Laporan itu benar benar bercanggah dengan tuduhan Xavi bahawa pengadil di Sepanyol sentiasa cuba membantu Real Madrid. Membuatkan sukar untuk Barcelona menjuarai La Liga musim ini kerana pengadil sentiasa berpihak Madrid, dan beberapa kali menjadi punca Barcelona kehilangan mata.
Cantalejo dilaporkan ada niat buruk ke atas Real Madrid. Dengan dua lagi pengadil didakwa sebagai rakan subahatnya iaitu Carlos Clos Gómez dan Santiago Jaime Latre.
Ketiga tiga mereka kini berdepan pertuduhan di bawah akta jenayah dan korupsi koporat. Mereka melakukan kesalahan di bilik VOR, yang merupakan markas operasi untuk VAR.
Menurut aduan yang diterima oleh La Liga, mereka memberikan arahan daripada VOR kepada VAR serta AVAR.
🚨 JUST IN: The president of the Technical Committee of Referees (CTA), Medina Cantalejo has been denounced for alleged manipulation of VAR images with the aim of harming Real Madrid.@eldebate_com pic.twitter.com/7Bg4HFhmEn
— Madrid Xtra (@MadridXtra) February 7, 2024
Bagi imej VAR yang agak sukar untuk dinilai, mereka sentiasa memihak kepada lawan Real Madrid. Dan lebih jahat lagi, mereka berkomplot memanipulasi imej VAR tersebut.
Lebih mengejutkan mereka sudah menyediakan satu ‘template’ khas untuk Real Madrid. Misalnya untuk garis ofsaid mereka akan memilih yang lebih tebal untuk Real Madrid ketika pasukan itu menyerang. Dan sebaliknya jika diserang lawan mereka.
Cantalejo merupakan orang yang memiliki kuasa tertinggi dalam VAR. Jadi apabila dia mengeluarkan arahan daripada pejabatnya, bermakna arahan lain tidak terpakai.
Dia sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk membantu VAR dan pengadil, dengan kepakaran yang dia miliki. Malangnya dia salah guna kuasanya.
Siasatan dibuat ke atas panggilan telefon dan komunikasi antara mereka. Namun malangnya, perbualan tersebut tiada rakaman.
Menurut protokol pengadilan hari perlawanan, pegawai di VOR harus diasingkan daripada pegawai VAR, namun mereka ada akses terus berhubung dengan pengadil untuk memberitahu jika mereka merasakan ada kesilapan pada VAR.
Aduan diterima La Liga menyatakan bahawa Clos Gomez (ketua VAR) dan Cantalejo telah melanggar protokol ini.
Ada banyak imej yang disiasat menunjukkan berlaku manipulasi yang jelas. Ianya bukan satu kebetulan kerana terlalu kerap berlaku untuk perlawanan melibatkan Real Madrid.
Pengadu menyatakan bahawa, VAR akan menggunakan frame yang kurang tepat dalam penilaian mereka ke atas kesalahan Real Madrid. Frame tersebut lebih kepada sesuai kepada niat jahat mereka untuk menegakkan ketidakadilan.
Laporan sama menyebut, pemain pemain Real Madrid bukan satu satunya pasukan yang menjadi sasaran mereka. Namun kelab Los Blancos itu adalah paling banyak menjadi mangsa ketidakadilan Cantalejo dan rakan rakannya.
VAR ada melibatkan kira kira 35 kamera. Dan mereka akan sentiasa mencari sudut pandangan terbaik untuk menyokong niat jahat mereka.
Selain daripada 3 nama tersebut, lebih ramai pengadil yang dipanggil untuk membantu siasatan. Mereka ialah Ricardo de Burgos, Guillermo Cuadra, César Soto, Alejandro Muñiz, Pablo González Fuertes, Juan Luis Pulido Santana, David Medié dan Ignacio Iglesias.
Lebih mengejutkan, ada di kalangan mereka yang masih dalam siasatan atas kes Negreira yang masih berjalan.
Yang peliknya, La Liga masih lagi tidak menggantung seketika pengadil pengadil yang masih di dalam siasatan kes Negreira ini.
Barcelona dilpaorkan membuat bayarang kepada Negereira untuk mendapatkan kelebihan daripada keputusan pengadil.
Barcelona masih berkeras menafikan bahawa mereka melakukan kesalahan. Sebelum ini Barca menegaskan bayaran itu hanyalah untuk konsultansi tentang pengadil. Negreira akan memberikan panduan tentang kecenderungan seseorang pengadil dalam tugasan mereka.
Barca menegaskan ianya sebahagian daripada usaha mereka dalam menganalisis bola sepak termasuk aspek pengadilan. Pada 11 Mac lalu, Barcelona secara rasminya didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan amalan merasuah pengadil.
Kesalahan itu dilaporkan berlaku dari 2001 sehingga 2018. Pendakwaraya menyatakan bahawa Barca telah membayar firma milik bekas pengadi Negreira yang ketika itu memiliki pengaruh dalam organisasi pengadil di Sepanyol. Oleh kerana kes itu, 2 bekas presiden kelab Barcelona iaitu Sandro Rosell dan juga Jose Maria Bartomeu turut diminta tampil ke mahkamah.
Barcelona paid €7.3 million to Negreira’s company between 2001 and 2018.
They are being charged with corruption by the Spanish prosecutors. pic.twitter.com/CY6OcCExUq
— Zach Lowy (@ZachLowy) March 10, 2023
Barcelona telah dituduh membayar sejumlah €7.3 juta di antara 2001 sehingga 2018.
Selepas membaca kes melibatkan VAR di Sepanyol, seorang peminat EPL dengan rendah hati berkata: “Kepada PGMOL, maafkan saya kerana selalu meuduh kamu adalah iblis paling teruk, kerana ternyata keiblisan kamu masih tak sampai di tahap ini.”