Presiden Montepellier menasihati penyokong Liga Perancis untuk ‘skip’ satu sesi makan di luar untuk membayar langganan DAZN.
Isu penstriman haram Ligue 1 menjadi masalah yang dianggap serius. Lagipun liga tersebut sebelum ini bergelut untuk mencari penyiar rasmi dan terpaksa mengurangkan harga tajaan.
DAZN mengambil alih penyiaran Liga Perancis. Lalu pengurus Montepellier menasihati penyokong di Ligue 1 agar menyimpan wang €30 sebulan daripada perbelanjaan mereka makan di luar bersama kawan kawan dan keluarga untuk dibelanjakan pada DAZN demi menyokong Liga Perancis.
Laurent Nicollin – Presiden Montepellier – berkata: “€30 (RM146) je harga untuk pakej langganan Ligue 1 kan? Itu bersamaan dengan kos kamu makan di restaurant untuk satu makan malam.
“Jadi, daripada kamu bazirkan wang untuk makan malam di luar itu, lebih baik simpan je duit tu dan belanjakan untuk bayar pakej DAZN. Senang. Itu je la pandangan saya dalam perkara ini.”
Ligue 1 dan Serie A telah melancarkan kempen membendung masalah cetak rompak berkaitan dengan tayangan haram liga mereka yang boleh membunuh liga itu sendiri kerana ianya berkaitan dengan pendapatan kelab daripada tajaan hak penyiaran.
Liga Perancis itu sendiri bergelut untuk menarik tontonan daripada luar negara kerana pemergian ramai nama besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Lionel Messi. Neymar dan Kylian Mbappe.
Namun begitu komen daripada presiden Montepellier itu jelas menerima kecaman daripada peminat. Kerana menurut mereka pakej langganan €30 / RM146 sebulan itu dianggap terlalu mahal dan ramai yang berkata lebih baik belanjakan untuk keperluan.