Presiden Olimpik Tokyo Letak Jawatan Kerana Kenyataan: “Perempuan Banyak Sangat Bercakap”

Nama Yoshiro Mori, presiden Olimpik Tokyo, yang juga bekas Perdana Menteri Jepun, telah mengeluarkan kenyataan yang sangat kontroversi.

Ini selepas dia menganggap; ‘perempuan terlalu banyak bercakap’.

Tindakan Mori membuatkannya dihentam teruk di media sosial dan di media massa. Akhirnya Mori meminta maaf dan meletakkan jawatan sebagai presiden Olimpik Tokyo.

Mori membuat kenyataan kontroversi ketika menghadiri mesyuarat maya bersama pegawai kanan jawatankuasa Olimpik Tokyo.

Mori – 83 tahun – mengatakan bahawa “wanita ni jenis terlalu banyak bercakap”.

“Wanita memiliki rasa persaingan yang kuat. Jika satu orang mengangkat tangan untuk bercakap, yang lain merasa terpaksa untuk bercakap juga. [Pada akhirnya] semua orang merasa perlu untuk bercakap,” kata Mori dalam persidangan tersebut.

Mori juga kemudian menambah, “Jika kita ingin menambah pengarah wanita, kita harus memastikan ada batasan pada had masa  mereka bercakap, mereka ni kalau dah mula bercakap, mereka akan mengalami ‘penyakit’ susah untuk berhenti, ianya [penyakit] yang menjengkelkan.”

Niat Mori mahu bergurau senda dengan pegawainya telah berubah menjadi tragedi. Pada awalnya, ianya cuma panas di Jepun. Keadaan menjadi lebih teruk apabila berita itu sampai ke barat, kecaman ke atas Mori menjadi sangat teruk.

Pada Rabu, gabenor Tokyo, Yuriko Koike, mengatakan dia akan memboikot mesyuarat mingguan untuk minggu depan yang dihadiri oleh Mori, menteri sukan Jepun, dan presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach.

“Melihat keadaan semasa, saya rasa ketika berada di dalam mesyuarat yang akan mengirim mesej yang salah,” kata Koike, gabenor wanita pertama di Tokyo.

Mori dijangka mengundurkan diri dari jawatan presiden Olimpik Tokyo, walaupun sebelum ini menegaskan bahawa dia masih berhasrat untuk menjawat jawatan tersebut.

Laporan Nippon TV di Jepun mengatakan “perletakan jawatan diri Mori diserahkan pada hari Jumaat pada pertemuan dewan eksekutif jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo”.

Mori kemudian berkata kepada umum: “Saya harus meminta maaf. Saya tidak boleh membiarkan kes ini berlarutan.”

Olimpik Tokyo pada asalnya diadakan pada pertengahan 2020, tetapi ditunda kerana pandemik global.

Agensi berita Jepun Kyodo mengatakan bahawa Mori akan digantikan oleh Saburo Kawabuchi, yang berusia 84 tahun yang pernah menjadi ketua Persatuan bola sepak Jepun.

Kawabuchi juga bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Jepun pada Sukan Olimpik Tokyo 1964.

Dia juga berperanan penting dalam melancarkan liga bola sepak profesional Jepun, Liga-J, pada tahun 1993.

Mori bukan nama asing dalam kancah politik Jepun. Beliau menjawat sebagai menteri pendidikan dan menteri perdagangan antarabangsa sebelum menjadi perdana menteri dari April 2000 hingga April 2001.

Dia kemudian dilantik memegang jawatan presiden Olimpik Tokyo sejak 2014. Dia dianggap orang yang paling berkaliber.

Pengunduran diri Mori akan menjadi tamparan besar kepada persiapan Olimpik Tokyo dan ditunda ke Julai tahun ini.

Namun keadaan semasa membuatkan ianya mungkin akan ditangguhkan lagi.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.