Presiden PSG Sindir Real Madrid Pula: “Mereka Raikan UCL Sedangkan Mereka Menentangnya”

Selepas menyindir Barcelona menggunakan tangan ghaib, presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi telah membidas Real Madrid kerana meraikan kejayaan mereka dalam Liga Juara-Juara UEFA musim lalu walaupun kelab itu menjadi ketua kepada usaha untuk membina Liga Super Eropah.

Real Madrid menewaskan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool 1-0 untuk memenangi Liga Juara-Juara musim lalu. Mereka meraikan kemenangan ke-14 dalam pertandingan itu dengan penuh gaya, dengan Carlo Ancelotti turut menghisap cerut semasa perarakan.

Carlo Ancelotti menjelaskan kepada Movistar: “Tidak, saya tidak menghisap rokok! Ia hanya bergambar dengan kawan-kawan saya. Ya, pemain ini adalah kawan saya”.

Bagaimanapun, ketua PSG Al-Khelaifi kini telah melancarkan serangan pedas ke atas Los Blancos untuk perayaan girang mereka.

Presiden PSG dari Qatar itu menegaskan bahawa gergasi La Liga itu adalah salah seorang penyokong tegar kepada projek pemisah, Liga Super Eropah dan melabelkan sambutan mereka sebagai ‘pelik’.

Dia berkata kepada sumber berita Perancis Foot Mercato: “Sungguh pelik bahawa Real Madrid meraikan kemenangan Liga Juara-Juara Eropah mereka dengan girang seklai. Sangat pelik, apabila anda menentang pertandingan itu, tetapi mengambil bahagian dan meraikan kejayaan memenangi gelaran.”

“Saya fikir ia sangat pelik, sejujurnya. Tetapi kami tidak akan membuang masa untuk perkara ini dan kami akan terus bekerja.”

Liga Super Eropah ialah pertandingan bola sepak kelab bermusim yang dicadangkan oleh 12 kelab terkemuka di seluruh benua pada April tahun lalu.

Ideanya adalah untuk mencipta saingan untuk Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, pengumuman pertandingan itu mendapat tindak balas yang teruk daripada peminat, pakar, pengurus dan juga pemain.

Sembilan daripada ahli pengasas, termasuk enam pasukan Inggeris yang terlibat, menarik balik sokongan mereka. Bagaimanapun, Real Madrid adalah antara tiga kelab yang masih berminat untuk melihat ESL menjadi kenyataan.

Adakah Liga Super masih hidup?

Florentino Pérez berkata: “Sudah tentu. Kami berada di mahkamah Luxembourg, dan akan ada perbicaraan tidak lama lagi. Kami percaya bahawa kami mempunyai hak untuk menganjurkan pertandingan antara kami.”

Florentino Perez mendakwa pada bulan Julai bahawa impian ESL masih hidup. Walaupun pertikaian itu berlaku di belakang tabir, kelab itu tetap berjaya memenangi Liga Juara-Juara.

Presiden PSG Al-Khelaifi, bagaimanapun, berpendapat bahawa gergasi Sepanyol itu adalah hipokrit untuk menikmati kegembiraan dalam memenangi Liga Juara-Juara. Nasser mencadangkan mereka tidak sepatutnya menyertai pertandingan itu pada musim lalu.

PSG adalah antara kelab yang menerima jemputan untuk menyertai projek ESL tahun lepas. Gergasi Perancis itu diberi masa 14 hari untuk mendaftar bagi projek itu, tetapi PSG menolak cadangan itu.

Nasser Al Khelaifi merupakan Ketuan Persatuan Kelab Eropah. Dan sudah tentunya dia berada teguh di belakang UEFA.

Les Parisiens, serta Bayern Munich dan Borussia Dortmund, secara terbuka mengutuk ESL pada masa itu. Sementara itu, ketua Real Madrid dan pengerusi projek itu Perez mengesahkan bahawa ketiga-tiga kelab itu tidak dijemput.

Nasser sindir Barca

Baru baru ini, Barcelona mengumumkan keuntungan €98 juta untuk tahun kewangan 2021/22. Kelab Catalan itu menjangkakan keuntungan €274 juta pada musim ini.

Berapa minggu lalu Barcelona diumumkan sebagai kelab paling berharga di dunia pada pasaran semasa selepas Real Madrid. Barcelona dinilai berharga €5.1 billion

Lembaga pengarah Barcelona mengumumkan bahawa kelab meraih pulangan €1.017 billion. Bermakna mereka berjaya mendapat keuntungan atau pendapatan sekitar €98 juta.

Awal bulan ini Barcelona berjaya meningkatkan had perbelanjaan mereka sebanyak €800 juta.

Bercelona di bawah pengurusan Joan Laporta telah melakukan kerja luar biasa untuk mengelak kelab daripada muflis.

Ketika dia mengambil alih jawatan di Barcelona, kelab menanggung hutang sebanyak €1.3 billion. Ianya berlaku kerana salah tadbir kewangan yang teruk di bawah Bartomeu.

Antara punca adalah pembelian pemain dengan harga terlalu emosi. 3 pemain dibeli dengan harga lebih €100 juta dalam 2 tahun iaitu Ousmane Dembele, Phil Coutinho dan Antoine Griezmann.

Selain itu, Barca ketika itu terbeban dengan bil gaji pemain yang sangat tinggi. Di mana Laporta mengesahkan bahawa Barca telah berjaya mengurangkan bil gaji pemain menerusi rundingan pelarasan gaji.

Barcelona kemudian menjual hak nama stadium kepada Spotify. Seterusnya menjual beberapa aset kelab termasuk hak penyiaran. Barcelona menjana lebih €200 juta daripada penjualan 49% hak Barca Studio.

Pada musim panas lalu, Barcelona mengaktifkan 4 tuas ekonomi mereka untuk membantu mereka mendaftarkan kesemua pemain baharu mereka. Selain daripada menjual dan melepaskan pemain kelab lain untuk mengosongkan bil gaji sambil meningkatkan had perbelanjaan kelab.

Musim ini Barcelona optimis akan menjana keuntungan €274 juta selepas diluluskan dana operasi €1.225 billion. Terutama sekali Nou Camp kembali menerima kehadiran penyokong bermula pada musim ini selepas musim pandemik.

Khelaifi menuduh Barca bermain tangan ghaib. Dia berkata: “Peraturan kestabilan kewangan baharu adalah perkembangan positif. Peraturan mengawal kos. Di mana ianya akan menggalakkan pelaburan dan pelabur baharu.”

“Mereka akan membantu memastikan kemampanan bola sepak. Tetapi kita perlu berhati-hati; tahap hutang yang berbahaya dan suntikan modal tangan ghaib bukanlah satu laluan mampan yang kita maksudkan.”

“Kita perlu berfikir jangka panjang, bukan jangka pendek,” kata Al-Khelaïfi yang menyindir Barcelona kerana menjual banyak aset mereka kepada pelabur lain untuk menjadi modal baharu bagi pengoperasian kelab mereka.

Khelaifi menambah: “ECA juga telah bekerjasama rapat dengan UEFA dalam format pertandingan lelaki baharu selepas 2024. Akan ada lebih banyak perlawanan yang menarik.”

“Pertandingan akan lebih inklusif. Hasil kami akan berkembang. Kami telah pun melihatnya di Perancis dan UK. Dan di AS pertumbuhan kami melebihi 150%, dengan penjualan hak Sepanyol.”

“Kami merancang untuk bekerjasama dengan Paramount+ dan semua rakan kongsi media dan pemegang hak kami yang lain tentang cara menjangkau khalayak baharu, menjadi inovatif dan kekal relevan,” tegas Khelaifi dengan yakin.

Sindiran Khelaifi tentang modal ‘magik’ atau tangan ghaib itu tidak disenangi oleh Javier Tebas. Yang merasakan bahawa ianya jelas ditujukan kepada Barcelona.

Menurut Tebas, Barcelona memiliki aset yang besar untuk mereka cairkan bagi menyelamatkan kelab mereka. Sambil Tebas menyindir balik PSG, kalau PSG, Khelaifi mungkin terpaksa membuka lebih banyak saluran gas untuk menyelamatkan kelab mereka.

Tebas berkata: “Tiada tangan ghaib pun di sana. Barcelona menjual sebahagian aset kelab mereka untuk menampung kerugian, berbanding, PSG membuka tong gas [untuk selamatkan kelab jika berada dalam situasi Barca].”

“Untuk kestabilan dalam bola sepak, perkara pertama kamu kena buat adalah membayar hutang kamu bukan?”

Ini bukan kali pertama Tebas tidak berpuas hati dengan PSG. Dia pernah menyatakan bahawa UEFA pilih kasih kepada PSG ketika perpindahan Neymar dengan menyatakan mustahil PSG tak terkena salah laku FFP dengan membayar EUR212 juta untuk tebus klausa pelepasan Neymar. Kerana kelab itu tiada pendapatan sebesar itu.

Seterusnya Tebas turut bengang ketika Lionel Messi menyertai PSG dengan menganggap PSG sudah memiliki bil gaji pemain yang melampau.

Terbaru, Tebas yakin bahawa PSG akan terkena hukuman FFP jika mereka melanjutkan kontrak Mbappe dengan nilai yang sangat tinggi. Itu juga tak berlaku. PSG masih tidak dikenakan tindakan.