Presiden Reims Tolak Tawaran Newcastle Selepas Dengar Klausa Bonus Tak Masuk Akal Juara UCL

Newcastle telah melakukan rundingan untuk mendapatkan penyerang Reims iaitu Hugo Ekitike. Namun presiden kelab Reims, Jean-Pierre Caillot mendedahkan bahawa mereka terpaksa menolak bidaan Newcastle kerana adanya klausa yang tidak masuk akal di dalamnya.

Reims setuju untuk menerima bayarang £29 juta sebagai harga tetap. Tetapi Newcastle menyatakan bahawa mereka hanya akan membayar bonus tambahan jika kelab itu menjuarai Liga Juara Juara Eropah bersama sama dengan Ekitike.

Ekitike antara pemain yang menjadi sasaran banyak kelab eropah lain. Oleh sebab itu Reims tidak akan terlalu terdesak untuk tunduk dengan tawaran Newcastle tersebut.

Beberapa tahun yang lalu, Manchester United pernah memasukkan klausa bonus Ballon d’Or untuk mendapatkan Martial. Dan nampak gayanya sampai ke sudah Monaco tak akan merasai bonus tersebut.

Berbalik kepada Newcastle, mereka sukar mendapatkan pemain kerana Eddie Howe bukan pengurus yang sangat berpengaruh. Newcastle benar benar bergantung kepada tawaran gaji yang lumayan.

Mungkin Newcastle harus memikirkan perlantikan pengarah sukan yang hebat untuk membantu mereka.

Pada hari ini rundingan dengan pemain lebih rumit walaupun kelab ada banyak wang sekalipun.

Newcastle fokus keluar penyingkiran

Newcastle kini bergelut dengan zon penyingkiran. Dan musim hadapan sudah tentunya tiada UCL untuk mereka.

Walaupun kaya raya, namun Newcastle mengalami kerumitan untuk mendapatkan beberapa bintang yang mereka mahu. Setakat ini mereka sudah membelanjakan sekitar £40 juta untuk Kieran Trippier dan Chris Wood.

Newcastle kini di bawah pemilik baharu iaitu PIF selepas pengambilalihan bernilai £305 juta. Menjadikan mereka kelab terkaya di dunia dari segi sumber kewangan daripada pemilik.

Misi utama Newcastle adalah keluar daripada penyingkiran. Dan musim hadapan mereka akan cuba membawa masuk lebih ramai bintang ke kelab mereka.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Newcastle sangat perlukan seorang lagi penyerang selepas kehilangan Callum Wilson.

Berdasarkan laporan oleh The Guardian sebelum ini, Newcastle boleh membelanjakan secara bersih sehingga GBP165 juta untuk jendela perpindahan kali ini.

Newcastle pastinya masih ada banyak baki wang untuk dibelanjakan di bawah had maksimum yang ditetapkan.

Beberapa bulan lalu, pasukan yang dimiliki oleh saudagar Arab itu dikaitkan dengan ramai pemain termasuk Eden Hazard, Kylian Mbappe dan ramai lagi.

Namun situasinya kini Newcastle tidak semudah yang disangka untuk mendapatkan pemain. Newcastle cuba mendapatkan pemain seperti Anthony Martial. Tetapi pemain itu lebih berminat untuk ke Sevilla.

Mahukan Balotelli

Lantas Newcastle menjadikan Balotelli sebagai salah seorang pemain yang dipertimbangkan untuk dibawa masuk jika gagal mendapatkan bintang yang lebih besar.

Balotteli merupakan pemain yang dianggap masih ada kualiti penyudah di hadapan gol. Dan boleh menjadi penyerang buat sementara waktu untuk Newcastle dalam usaha mereka mahu mengelak terjerumus penyingkiran pada akhir musim ini.

Bekas pemain Manchester City dan Liverpool itu kini bermain untuk kelab Turki, Adana Demirspor. Berita tentang minat Newcastle itu disahkan sendiri oleh presiden kelab Adana Demirspor iaitu Murat Sancak.

Bercakap keapda Fanatik, Murat berkata: ” Newcastle mempertimbangkan untuk mendapatkan Balotelli. Tetapi tiada tawaran rasmi dibuat.”

“Ada klausa pelepasan dalam kontrak Balotelli. Tetapi buat masa ini saya tak akan beritahu kamu berapa angkanya.”

Bekas penyerang AC Milan itu baru sahaja menyertai Liga Turki Julai tahun lalu. Jadi, memang difahami kenapa presiden kelab tidak mahu melepaskannya pergi.

Balotelli sudah menjaringkan 7 gol daripada 18 penampilan setakat ini pada musim ini. Beliau turut melakukan 2 assist.

Newcastle bukan hanya ada nama Balotelli dalam senarai mereka. Kehadiran Wood lebih kepada tambahan kepada skuad berbanding dengan menggantikan Callum Wilson yang cedera.

Oleh sebab itu mereka masih mencari penyerang pada ketika ini untuk squad depth mereka.

Adakah Balotelli akan kembali semula ke England? Dengan menerima gaji yang lebih besar sekali lagi?

Selain daripada posisi penyerang, Newcastle juga masih cuba mencari pertahanan baharu untuk memperbaiki barisan pertahanan mereka yang agak rapuh.

Sven Botman dari Lille antara pemain yang berada dalam radar Newcastle. Namun kelab Perancis itu masih berkeras tidak mahu melepaskan pemain tersebut.

Newcastle masih kekal tenang dalam usaha mereka mahu mendapatkan Botman. Ini kerana mereka yakin pemain itu akan tertarik dengan tawaran gaji yang lebih besar di St James’ Park.

Newcastle banyak kali mendahului dalam perlawanan. Namun selepas itu mereka gagal menang dan keciciran mata.

Ianya adalah kerana kelonggaran di barisan pertahanan mereka.

 

Baca yang lain