Presiden Samsung Sahkan Mereka Sudah Menjual Sejuta Unit Galaxy Fold

Tahun ini, Samsung baru sahaja menjual telefon pintar lipat mereka yang pertama dengan tanda harga sekitar USD 1,980 ataupun ketuk-ketuk kalkulator, keluarlah angka sekitar RM8,200.

Presiden Samsung, Young Sohn memberitahu TechCrunch di Berlin bahawa mereka baru sahaja menjual unit ke-sejuta untuk Samsung Galaxy Fold.

Ia satu pencapaian yang sangat membanggakan oleh Samsung.

Korang bayangkan betapa kaya rayanya Samsung dengan menjual telefon lipat yang korang selalu kutuk mahal namampos.

Sohn berkata: “Ada sejuta orang di luar sana mahu menggunakan produk yang bernilai USD2,000 sebiji ni. Kami telah menjual produk Samsung Galaxy Fold yang kesejuta, korang tau tak?”

Sohn juga menegaskan mereka kini mahu menghargai sambutan hangat daripada peminat.

Jadi ini hadiah untuk korang nanti. Sohn mengesahkan mereka, Samsung, dalam proses menghasilkan produk Samsung Galaxy Fold yang seterusnya yang lebih nipis, ringan dengan hayat bateri yang lebih lama.

Samsung melancarkan Samsung Galaxy Fold pada April 2019. Namun ianya dihentikan seketika selepas mendapat beberapa kritikan daripada pengguna unit reviu mereka.

Selepas beberapa siri penangguhan, Samsung akhirnya menjual Samsung Galaxy Fold pada September 2019.

Samsung melakukan beberapa penambahbaikan terutama sekali pada bahagian lipatan tu.

Walaupun masih banyak mendapat reviu negatif, Samsung tetap berjaya membuktikan Samsung Galaxy Fold adalah satu kejayaan kepada mereka.

Langkah seterusnya

Samsung juga dikatakan sedang merancang untuk menghasilkan telefon pintar lipat yang lebih murah pada Februari 2020.

Ini bagi membolehkan para peminat Samsung merasai pengalaman telefon lipat yang mampu milik.

Selepas itu akan diikuti dengan Samsung Galaxy Fold yang baharu selepas tu. Aku jangka Samsung Galaxy Fold 2 kot nama dia.

Speksifikasi Samsung Galaxy Fold

Operating System: Android 9 Pie, Samsung One UI
Main Display: 7.3-inch, 4.2:3, 2152 x 1536, 362ppi, Dynamic AMOLED
Cover Display: 4.6-inch, 21:9, 720 x 1680, 399ppi, Super AMOLED
Processor: 7nm 64-bit octa-core, 2.84GHz + 2.41GHz + 1.78GHz
Memory: 12GB RAM
Storage: 512GB
SecurityL Capacitive fingerprint sensor, Face recognition
Battery: 4,380 mAh (LTE model), 4,235 mAh (5G model)
Charging: QuickCharge 2.0 wired charging, Fast Qi wireless charging
Dimensions (Folded): 62.9 x 160.9 x 17.0mm
Dimensions (Unfolded): 117.9 x 160.9 x 7.5mm
Weight: 263g
Colors: Space Silver, Cosmos Black, Martain Green, Astro Blue

Baca yang lain