Presiden Toronto Dedah Dia Buka ‘Website’ Transfermarkt Untuk Pantau Kontrak Insigne

Presiden FC Toronto, Bill Manning menggunakan kaedah yang paling amateur untuk memantau status kontrak pemain iaitu dengan menggunakan Transfermarkt. Jika anda peminat bola sepak, anda pasti tahu Transfermarkt adalah laman web yang memaparkan nilai pasaran pemain, kelab dan juga banyak informasi tambahan lain termasuk sejarah kecederaan pemain.

Bill Manning menjelaskan bagaimana beliau mendapatkan bintang Itali, Lorenzo Insigne, tanpa menggunakan pegawai scouting. Sebaliknya hanya dengan membuka laman web di komputernya.

Manning berkata: “Sebenarnya saya membuka laman web Transfermarkt dan mencari pemain pemain kebangsaan Itali yang akan tamat kontrak.”

“Hasil tapisan, Lorenzo adalah salah seorang daripada mereka yang akan tamat kontrak. Kemudian saya menyenaraikan beberapa pemain pemain berkelas dunia yang bakal tamat kontrak yang saya rasa masih ada nilai komersial dalam pasaran.”

“Saya kemudian membentangkan butiran tersebut kepada lembaga pengarah.”

Selepas itu, Toronto menghubungi sendiri pemain tersebut. Akhirnya kesepakatan dicapai. Insigne merupakan pemain yang akan tamat kontrak dalam 6 bulan lagi.

Berdasarkan peraturan Bosman, Insigne bebas bercakap dengan mana manak kelab bermula Januari – enam bulan sebelum kontrak mereka berakhir.

Sebab itulah Toronto tak perlu melalui Napoli untuk mendapatkan pemain tersebut. Mereka memberikan pra kontrak kepada Insigne yang akan rasmi menyertai mereka pada 1 Julai 2022.

Toronto kemudian dilaporkan membayar kontrak bernilai US$15 juta semusim untuk pemain antarabangsa Itali itu. Angka itu sangat besar. Namun Manning menganggap nilai tersebut setimpal dengan kualiti yang masih dimiliki oleh Insigne.

Gaji tersebut juga secara tak langsung telah menjadikan Lorenzo Insigne sebagai penerima kontrak tertinggi dalam sejarah MLS, memecahkan rekod Zlatan Ibrahimovic sebelum ini ketika bersama LA Galaxy dengan US$7.2 juta semusim.

Manning mengesahkan bahawa Insigne menepati gaji siling yang ditetapkan oleh MLS.

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan pemain yang sudah beraksi di pentas tertinggi termasuk Piala Dunia dan juga Liga Juara Juara Eropah.

Bermain 416 kali untuk Napoli, menjaringkan 114 gol dan 95 assist. 11 musim di kelab kampungnya itu, Insigne menjulang Supercoppa Italia pada 2-14/15 dan Coppa Italia pada 2013/14 dan 2019/20.

Insigne menjaringkan 10 gol daripada 53 kaps bersama Azzurri dan membantu Itali menjuarai Euro 2020 yang lalu. Di mana Itali menang ke atas England dalam aksi final. Perlawanan ditentukan dengan penentuan sepakan penalti.

Toronto FC sudah mengumumkan secara rasmi kehadiran Insigne ke kelab mereka.

Ianya benar benar mengejutkan ramai pihak. Ramai yang tak sangka bahawa perpindahan ini akan berlaku. Satu langkah yang sangat luar biasa dilakukan oleh Toronto.

Lorenzon Insigne merupakan penyerang serba boleh. Boleh bermain di kesemua posisi serangan dan juga posisi tengah yang ofensif. Kreatif dan juga memiliki visi yang sangat baik di atas padang.

Dikenali dengan kelincahan seorang pemain berpusat graviti rendah, Insigne turut dikurniakan dengan bakat unik dengan bola di kakinya.

Ia telah menjadikan Lorenzo Insigne sebagai pemain kesayangan peminat di Napoli. Beliau dianggap bakat yang telah membanggakan kelab kerana berjaya menjadi antara bintang utama dalam skuad Itali.

Dalam beberapa tahun ini, namanya seringkali dikaitkan dengan kelab kelab elit Eropah yang lain. Namun Insigne sangat setia dengan SS Napoli.

Dan akhirnya, pada usianya 31 tahun barulah Insigne memikirkan bahawa sudah cukup untuk beliau mencari cabaran baharu di tempat lain.

Pastinya peminat Napoli akan memberikan ucapan perpisahan yang sentimental buat Insigne sebelum beliau meninggalkan kelab itu kelak.

Baca yang lain