Presiden Turki Tuduh Portugal Sisihkan Ronaldo Kerana Sokong Palestine

Cristiano Ronaldo tidak dapat menyerlah untuk Portugal di Piala Dunia kerana ‘larangan politik’ ke atas bintang itu, menurut presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Ronaldo memecahkan rekod di Qatar, menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol pada lima Piala Dunia berturut-turut, apabila dia menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan, ketika Portugal menentang Ghana.

Gol itu datang dari sepakan penalti, dengan penyerang itu dituduh diving untuk memenangi penalti itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu tidak menjaringkan gol lain selepas itu, dengan gol kedua yang cuba diklaim Abang Do tidak diberikan kepadanya. Sebaliknya diberikan kepada Bruno Fernandes.

Ini bermakna dia berkemungkinan akan menamatkan kariernya tanpa pernah menjaringkan gol dalam pusingan kalah mati Piala Dunia, melainkan dia cuba menamatkan rekod itu di Piala Dunia 2026, ketika itu dia berusia 41 tahun.

Lebih memeranjatkan apabila Fernando Santos dengan terbuka menyatakan di lebih suka melihat corak permainan pasukannya tanpa Ronaldo, ketika aksi kalah mati. Ronaldo tampil sebagai pemain gantian.

Portugal cemerlang mencipta kemenangan ke atas Switzerland dalam aksi 16 akhir, dengan pengganti Goncalo Ramos menjaringkan hatrik.

Ronaldo masuk dalam kedua-dua perlawanan kalah mati sebagai pemain gantian, tetapi gagal memberi impak, walaupun reputasinya sebagai seorang peledak berbisa menjaringkan gol ketika pasukannya memerlukannya.

Kegagalan itu kini telah mulai dikaitkan dengan ‘larangan politik,’ dengan Perdana Menteri Turki Erdogan menganggap, pendirian Ronaldo yang menyokong Palestin adalah puncanya.

Kem Portugal tidak selesa dengan pendirian pemain tersebut dalam isu Palestine. Di mana ketika Piala Dunia 2022 berlangsung, telah berlaku konflik di Tebing Barat.

“Mereka telah mensia-siakan Ronaldo. Malangnya, mereka telah mengenakan larangan politik ke atasnya,” kata Erdogan pada satu acara bersama sama remaja di wilayah Erzurum pada hujung minggu.

“Menghantar pemain bola sepak seperti Ronaldo ke padang dengan hanya berbaki 30 minit untuk perlawanan itu merosakkan psikologinya dan menghilangkan tenaganya.”

“Ronaldo adalah seseorang yang membela perjuangan Palestin.”

“Menurut maklumat yang saya terima, Ronaldo kini akan ke Arab Saudi.”

Jadi, Erdogan tidak percaya kalau Santos tidak menurunkan Ronaldo kerana prestasinya. Jadi alasan yang paling masuk akal bagi beliau adalah pendirian politik Ronaldo.

Agak ironi kerana Portugal dan Ronaldo telah disingkirkan oleh Maghribi, yang pemainnya memang membawa bendera Palestin selepas kemenangan mereka, bagi menyokong negara itu dalam berdepan konflik Timur Tengah mereka.

Erdogan kemudian menyatakan bahawa bahawa Ronaldo sedang dalam perjalanan pulang ke Timu Tengah untuk menandatangani kontrak dengan sebuah kelab di sana.

Dengan nama pasukan Saudi Al-Nassr, dikaitkan dengan Ronaldo yang kini tanpa kelab.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang