Presiden UEFA: Pemain Tiada Cita Cita Bermain Di Arab Saudi Tak Layak Main UCL

Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah / UEFA, Aleksander Ceferin, telah menolak sebarang kemungkinan kelab dari Arab Saudi akan dibenarkan bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah pada masa hadapan.

Sebelum ini Liga Arab Saudi cuba melobi tiket wild card untuk kelab juara daripada Liga Pro Saudi bermain dalam UCL yang akan menggunakan format baharu 36 pasukan bermula musim hadapan.

Menurut Liga Saudi, idea itu sangat menarik dan UEFA pasti akan mempertimbangkannya memandangkan ramai nama besar yang beraksi di liga tersebut.

Ini juga akan membuka ruang kepada pemain seperti Cristiano Ronaldo yang digelar Mr. Champions League berpeluang beraksi semula di UCL.

UCL kehilangan nama seperti Ronaldo, Benzema, Neymar dan juga Lionel Messi dalam pertandingan kali ini. Kesemua mereka sudah meninggalkan liga di eropah.

Ceferin, mengakui mendengar laporan ini dan dia berjanji tidak akan mebenarkan perkara itu berlaku. Menurutnya UCL hanya eksklusif untuk pemain pemain dan kelab yang berada di Eropah.

Sambil dia meremehkan pemain pemain yang datang ke Liga Pro Saudi sebagai tidak memiliki cita cita yang tinggi dalam bola sepak dan mereka tidak berhak untuk bermain dalam pertandingan yang bertaraf prestij tertinggi UCL.

Kelab Arab Saudi juga tidak berhak untuk bermain dalam pertandingan kasta lebih rendah seperti UEL atau UECL

Ceferin memaklumkan perkara ini pada Khamis, berkata: “Hanya kelab Eropah boleh menyertai Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa atau liga Persidangan.”

“Dia ada dua jenis pemain, pemain yang bercita cita tinggi dan mereka yang tidak ada cita cita.”

“Hanya pemain yang mahu bermain di peringkat tertinggi sahaja berhak bermain di pertandingan Eropah [seperti UCL].”

Dia menambah bahawa Liga Arab Saudi akan menjadi seperti Liga Super China, satu pembaziran.

Ceferin berkata: “Kita pernah berdepan situasi yang sama dengan China, yang membeli pemain pada penghujung karier mereka dan menawarkan mereka banyak wang. Hasilnya ialah bola sepak China tidak berkembang selepas itu. Setahu saya, (penyerang Paris Saint-Germain Kylian) Mbappe dan (penyerang Manchester City Erling) Haaland tidak mahu atau tak terfikir langsung tentang liga Arab Saudi.”

“Saya seolah olah tidak percaya pemain yang berada di kemuncak karier mereka sanggup pergi ke Arab Saudi.”

“Apabila saya mendengar ada pemain sanggup pergi ke Arab Saudi, saya sendiri tak tahu apa tujuan mereka ke sana.”