Presiden UEFA ‘Silakan’ Real, Juve Dan Barca Tinggalkan UCL

Presiden FIFA, Aleksander Ceferin menyatakan dia tidak peduli kalau Real Madrid, Barcelona dan Juventus meninggalkan UEFA dan meneruskan idea Piala Super Eropah (ESL).

Ini kerana menurutnya, pengurusan ketiga tiga pasukan tersebut sebagai tidak cekap dan suka cakap berbelit.

“Saya tak kisah kalau mereka nak berambus. Dan agak kelakar memikirkan mereka mahu membuat pertandingan baru tetapi pada masa yang sama mahu bermain di Liga Juara Juara Eropah musim ini,” kata Ceferin kepada Der Spiegel.

Ceferen kemudian melabel ketiga tiga kelab tersebut memiliki pengurusan yang teruk serta cuba membunuh bola sepak.

“Mereka cuba membunuh bola sepak.”

Ceferin kemudian menyatakan bahawa ketiga tiga kelab tersebut tidak jujur. Dia memberikan contoh:

“Mereka mengeluh soal gaji yang sangat tinggi. Namun pada masa yang sama, mereka sendiri yang berunding gaji tersebut dengan para pemain.”

Ceferin seterusnya memberikan contoh Real Madrid, yang menyatakan bahawa mereka hanya boleh diselamatkan dengan ESL kerana beban kewangan kelab.

Namun pada masa yang sama pasukan itu membida Kylian Mbappe 180 juta euro.

“Real Madrid misalnya, mereka menyatakan ESL adalah satu satunya jalan yang membolehkan mereka keluar daripada masalah kewangan kelab. Namun pada masa yang sama mereka membida Kylian Mbappe dengan harga tak masuk akal.”

Seterusnya, Aleksander Ceferin mendedahkan bahawa UEFA kini sedang cuba memperbaiki peraturan kewangannya dari segi had hutang dan juga nilai imbang yang kompetitif untuk akaun setiap pasukan.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di