Prestasi Debut Arif Aiman Yang ‘Awesome’

Arif Aiman hanya masuk pada minit ke-85 dalam double subs dibuat oleh Benjamin Mora.

Di mana Arif Aiman dan Syamer Kutty Abba dibawa masuk dan menggantikan Nazmi Faiz serta Afiq Fazail.

Tetapi prestasi beliau sangat menarik dalam perlawanan ini.

Kredit kepada Benjamin Mora Dan coaching staff JDT yang memberikan beliau debut musim ini pada perlawanan keempat. Dan bagi saya 5 minit tu ok untuk dia ambil angin dulu game.

Arif Aiman merupakan produk daripada pembangunan Johor Darul Ta’zim sehinggalah diberikan debut kompetitif.

Dan beliau telah mendapat pujian daripada penyokong penyokong JDT selepas penampilan pertama yang dianggap mengujakan.

Ramai yang mengucapkan tahniah di atas debut beliau di pentas Liga tertinggi dalam negara kita. Di mana pada usia 17 tahun Arif Aiman berjaya membuat kemunculan di dalam pertandingan Liga Super Malaysia.

Walaupun pasukannya gagal untuk meneruskan rentak kemenangan tetapi ia bukan bermakna semua benda tidak kena pada malam tersebut.
JDT terikat 1-1 dengan Felda United dalam persembahan yang kurang memberangsangkan pada separuh masa kedua.

JDT turut terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. Gonzalo Cabrera gagal menyudahkannya.

Namun tumpuan ternyata dicuri oleh Arif Aiman pada akhir permaknna. Beliau ternyata memiliki keberanian dan kelincahan. Menghasilkan gerakan yang memberikan ancaman kepada lawan pada minit akhir perlawanan.
Kemasukan beliau memberikan suntikan tenaga dan dinamik sekali lagi ke dalam pasukan selepas Nazmi Faiz kelihatan sudah agak keletihan

Antara komen tentang prestasi Aiman Arif adalah:

“Debut yang awesome. Beliau adalah aset dan nak tengok dia main lagi selepas ni.”

Bukan Kannan Naidu sahaja yang teruja mahu menyaksikan Arif Aiman tampil lagi dalam aksi JDT selepas ini. Malah ramai lagi peminat JDT yang meminta Benjamin Mora untuk memberikan pemain remaja itu lebih minit perlawanan.

Arif Aiman bermula dengan pembangunan di AMD. Namun beliau kemudiannya menyertai pasukan pembangunan ataupun Akademi JDT pada 2019.

Beliau pernah dipanggil oleh Bojan Hodak untuk memperkuatkan barisan tengah pasukan B-18 sebelum ini.

Apa seterusnya?

Benjamin Mora pastinya perlu menyediakan pelan pembangunan terbaik buat pemain seperti ini.

Sebelum ini Benjamin Mora berjaya mempromosikan bakat seperti Afiq Fazail. Dan diharap Arif Aiman akan mendapat perkara yang sama.

JDT akan menghadapi banyak pertandingan pada musim ini. Adalah sangat penting untuk mereka memiliki Squad depth Yang bagus.

Selain itu, debut yang diberikan kepada Arif Aiman ini adalah perkembangan yang sangat positif kepada karier beliau dan juga pemain pemain akademi yang lain.

Beliau pastinya tahu, bukan mudah, namun tak mustahil untuk menempatkan diri dalam pasukan utama Johor Darul Ta’zim suatu hari nanti.

Selamat maju jaya kepada Arif Aiman.

Baca yang lain