Prestasi Grujic Yang Memukau, Tolong Beri Dia Peluang

Penyokong Liverpool mungkin menyaksikan aksi Timo Werner lebih daripada aksi pemain Liverpool yang dipinjamkan ke Hertha Berlin iaitu Marko Grujic dalam aksi RB Leipzig vs Hertha Berlin dalam aksi sebelum ini.

Marko Grujic ternyata menarik perhatian ramai dalam aksinya pada pertengahan minggu.

Werner semakin kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield, dan turun dalam perlawanan ini setelah berjaya mencetak hatrik menentang Mainz pada hujung minggu.

Bagaimanapun, pemain tengah Liverpool, Marko Grujic membuka tirai jaringan hanya selepas sembilan minit perlawanan dimulakan.

Lukas Klostermann menyamakan kedudukan untuk Leipzig, dan Patrik Schick entah bagaimana berjaya menewaskan Rune Jarstein untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Hertha berjaya menghalang Werner daripada skor, dan kemudian memperoleh satu mata hasil jaringan lewat oleh Krzysztof Piatek.

Werner masih belum ada apa apa ikatan dengan Liverpool. Namun Marko Grujic merupakan hak milik Liverpool.

Beliau berpotensi untuk berada dalam skuad Jurgen Klopp pada musim hadapan.

Bakat dari Serbia itu menjadi pemain pertama ditandatangani Klopp sebagai bos Liverpool pada Januari 2016.

Namun, dia hanya membuat 14 penampilan untuk The Reds, setelah menghabiskan masa dengan musim pinjaman di Red Star Belgrade, Cardiff City dan Hertha.

Setelah gol dan aksinya yang hebat melawan Leipzig, peminat Liverpool masuk telah berkicau Twitter untuk membincangkan Grujic, dan ramai yang berharap dia mendapat peluang musim depan.

Grujic menjadi nadi penting pasukannya pada musim ini. Para peminat Liverpool percaya, Grujic akan menjadi back up yang bagus untuk Fabinho sambil belajar daripada pemain antarabangsa Brazil itu.

Dalam satu undian oleh Anfield Edition, 58% mengundi mahu melihat beliau diberikan peluang di dalam pasukan untuk musim hadapan.

Baca yang lain