Prestasi Luar Biasa Lunin Buatkan Real Madrid Tak Perlukan Kepa

Real Madrid sudah memutuskan bahawa mereka tidak akan menandatangani Kep Arrizabalaga secara tetap.

Ini setelah penjaga gol berusia 24 tahun mereka, Andriy Lunin menunjukkan prestasi cemerlangnya musim ini.

Madrid masih percaya bahawa Thibaut Courtois akan menjadi penjaga gol utama mereka apabila dia kembali daripada kecederaan kelak.

Jadi, untuk musim hadapan, Real Madrid akan meletakkan kepercayaan di atas bahu Courtois dan Lunin. Sementara satu lagi tempat biasanya diberikan kepada pemain dari Akademi atau penjaga gol veteran.

Real Madrid ketika ini sedang menjadi pendahulu La Liga. Dan mereka berpeluang cerah untuk menamatkan musim ini sebagai juara liga sekali lagi.

Kepa Arrizabalaga sebelum ini mencari jalan keluar dari Chelsea. Namun kelab itu tidak mahu melepaskan dia dengan di bawah £17 juta.

Harga yang dianggap sudah terlalu rendah untuk penjaga gol yang mereka beli dengan rekod dunia sebelum ini, £72 juta.

Kepa Arrizabalaga sebelum ini kehilangan tempat kepada Edouard Mendy. Namun dia menjadi pemain yang sangat baik ketika Mendy cedera.

Walaubagaimanapun, dia tidak mendapat jaminan akan menjadi penjaga gol utama Chelsea walaupun selepas Mendy pergi menyertai Liga Arab Saudi.

Akhirnya Real Madrid datang dengan tawaran secara pinjaman kerana Courtois yang mengalami kecederaan lutut serius.

Kemudian Chelsea mendapatkan Robert Sanchez dengan nilai £25 juta.

Kepa menyatakan ianya perpindahan impian untuk menyertai Real Madrid. Dan Kepa berharap dia akan dapat memikat hati pengurusan Real Madrid pada akhir musim ini untuk berpindah secara tetap.

Malangnya itu tidak berlaku. Dan akhirnya Real Madrid memutuskan untuk memulangkan Kepa kepada ‘orang tuanya’ di Stamford Bridge.

Prestasi Andriy Lunin sangat luar biasa. Dia malah dianggap ancaman utama kepada Thibaut Courtois ketika penjaga gol senior itu kembali kelak.

Lunin menjadi penjaga gol La Liga yang paling tinggi peratusan penyelamatan, dan penjaga gol paling tinggi ketepatan hantaran.

Lunin turut menjadi penjaga gol yang paling sedikit bolos setakat ini.

 

Baca yang lain