[Preview Euro 2020] Belanda: Peluang Tebus Dosa Gagal Layak ke 2 Kejohanan Besar

Kami di Axello.Net akan membawakan siri preview mengenai satu pasukan pilihan yang akan bertanding di Euro 2020 setiap hari sehingga bermulanya pertandingan pada 12 Jun 2021.

Tahukah anda bahawa kali terakhir Belanda layak ke kejohanan besar adalah pada kejohanan Piala Dunia 2014? Oranje juga tidak layak ke 2 kejohanan besar, Euro 2016 di Perancis dan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kali terakhir mereka layak ke kejohanan Euro pula adalah ketika berlangsung di Ukraine dan Poland? Itu pon mereka tersingkir dengan cara paling memalukan apabila tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan.

Kejohanan kali ini merupakan masa yang terbaik bagi juara Euro 1988 untuk menebus dosa lalu.

Pusingan Kelayakan

Belanda layak ke Euro 2020 setelah menamatkan Kumpulan C di tangga kedua di belakang Jerman dengan 19 mata. Mencatatkan 6 kemenangan, 1 seri dan tewas sekali.

Skuad Oranje berjaya menjaringkan 24 gol dan hanya bolos 7. Kemenangan terbesar mereka dicatatkan pada perlawanan terakhir apabila menewaskan Estoni 5-0 di Johan Cruyff Arena.

Formasi & Taktikal

Dibawah pengurus Frank de Boer, Belanda cuba keluar kepompong 4-3-3 yang merupakan formasi asas mereka sejak sekian lama. Lebih gemar menggunakan 4-2-3-1 dengan seorang penyerang diapit oleh 2 winger lincah.

Disini Memphis Depay & Steven Berghuis diberi peranan untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan sambil dibantu Georginio Wijnaldum di posisi No. 10.

Di tengah padang dijangka Frenkie de Jong akan berpasangan bersama Marten de Roon untuk mengawal tempo permainan.

Dengan ketiadaan Jasper Cilessen yang dijangkiti kobis, Tim Krul akan menggalas posisi penjaga gol utama. Matthijs de Ligt dan Stefan de Vrij merupakan pair utama Belanda selepas kapten, Virgil van Dijk disahkan tidak sempat sembuh menjelang kejohanan.

Senarai Pemain

Goalkeepers: Marco Bizot (Valencia), Tim Krul (Norwich City), Maarten Stekelenburg (Ajax Amsterdam)

Defenders: Nathan Ake (Manchester City), Daley Blind (Ajax Amsterdam), Matthijs de Ligt (Juventus), Stefan de Vrij (Inter Milan), Denzel Dumfries (PSV Eindhoven), Jurriem Timber (Ajax Amsterdam), Patrick van Aanholt (Crystal Palace), Joel Veltman (Brighton & Hove Albion), Owen Wijndal (AZ Alkmaar)

Midfielders: Frenkie de Jong (Barcelona), Marten de Roon (Atalanta), Ryan Gravenberch, Davy Klaassen (both Ajax Amsterdam), Teun Koopmeiners (AZ Alkmaar), Donny van de Beek (Manchester United), Georginio Wijnaldum (Liverpool)

Forwards: Steven Berghuis (Feyenoord), Luuk de Jong (Sevilla), Memphis Depay (Olympique Lyonnais), Cody Gakpo, Donyell Malen (both PSV Eindhoven), Quincy Promes (Spartak Moscow), Wout Weghorst (Wolfsburg)

Pemain Tumpuan: Memphis Depay

Depay beraksi cemerlang bersama kelabnya, Olympique Lyonnais setelah berjaya merekodkan 22 gol dan 12 assists.

Beliau juga merupakan sumber kreativiti utama untuk skuad Oranje dalam meranca serangan. Terlibat dalam separuh dari jumlah jaringan mereka dengan merencana 8 assists dan turut menjaringkan 6 gol sepanjang pusingan kelayakan.

Diharap beliau boleh fokus sepanjang kejohanan setelah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona secara percuma.

Ramalan: Pusingan ke-2

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.