[Preview Euro 2020] Perancis: Pilihan Utama Bawa Pulang Trofi Henri Delaunay

Kami di Axello.Net akan membawakan siri preview mengenai satu pasukan pilihan yang akan bertanding di Euro 2020 setiap hari sehingga bermulanya pertandingan pada 12 Jun 2021.

Juara dunia, Perancis akan turut pada Euro 2020 untuk mengulangi pencapaian skuad 1998 & 2000 yang turut dianggotai jurulatih mereka, Didier Deschamp untuk memenangi 2 kejuaraan major, Piala Dunia dan Piala Eropah berturut-turut.

Skuad yang sangat lengkap dari semua sudut dan mempunyai pemain yang berpengalaman dalam menghadapi kejohanan besar akan meletakkan mereka sebagai calon utama untuk menjuarai piala eropah selepas tewas di final kepada Portugal 5 tahun lalu di tempat sendiri.

Pusingan Kelayakan

Perancis menamatkan pusingan kelayakan di tempat pertama dalam Kumpulan H sebagai juara setelah mengumpul 25 mata dari 10 perlawanan hasil dari 8 kemenangan, 1 seri dan tewas sekali.

Berjaya menjaringkan 25 gol dan bolos 6. Kemenangan terbesar dicatatkan ketika menewaskan Andorra dan Iceland dengam keputusan 4-0.

Formasi & Taktikal

Deschamps kembali menggunakan formasi 4-3-1-2 diamond yang digunakan ketika menjadi juara dunia pada tahun 2018. Sangat kebal di bahagian pertahanan namun mempunyai flair di bahagian serangan.

Lloris yang juga kapten akan menjadi benteng terakhir pasukan di depan duo Varane dan Kimpembe yang semakin serasi bersama. Duo Bayern Munich, Benjamin Pavard dan Lucas Hernández yang sebenarnya bermain di posisi bek tengah, membekalkan kekuatan fizikal dan width yang diperlukan di bahagian tepi. Amat bagus ketika bertahan dan memberi kelebihan dalam situasi bola mati sama ada menyerang atau bertahan.

Kanté sebagai holding midfielder yang diapit oleh dua pemain, salah satunya adalah Pogba yang berfungsi sebagai jeneral di bahagian tengah padang. Kerja utama beliau ialah dari segi bertahan namun diberi lesen untuk naik dan menyertai serangan.

Corentin Tolisso dan Adrien Rabiot akan merebut posisi shuttle player yang berperanan memberikan sokongan yang di bahagian serang dengan larian lambat ke dalam kotak penalti.

Griezmann bermain di tip of the diamond sebagai playmaker di mana kebanyakan serangan akan direncana oleh beliau. Kemampuan untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti selain set piece yang menjadi ancaman utama pasukan lawan. Mbappé akan memberikan kelajuan yang kurang dimiliki Les Blues dengan larian yang menambah varian serangan.

Posisi target man menjadi perbualan hangat selepas Benzema dimasukkan ke dalam senarai akhir selepas lama tidak dipanggil. Dijangka go kart akan memanaskan bangku simpanan manakala F1 akan bermula sebagai starter untuk Perancis.

Senarai Pemain

Penjaga gol: Hugo Lloris (Tottenham), Steve Mandanda (Marseille), Mike Maignan (Lille)

Pertahanan: Benjamin Pavard (Bayern Munich), Leo Dubois (Lyon), Raphael Varane (Real Madrid), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Lucas Hernandez (Bayern Munich), Lucas Digne (Everton), Clement Lenglet (Barcelona), Kurt Zouma (Chelsea)

Tengah: N’golo Kante (Chelsea), Paul Pogba (Manchester United), Adrien Rabiot (Paris Saint-Germain), Corentin Tolisso (Bayern Munich), Moussa Sissoko (Tottenham)

Penyerang: Karim Benzema (Real Madrid), Olivier Giroud (Chelsea), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain, Marcus Thuram (Borussia Monchengladbach), Kingsley Coman (Bayern Munich), Wissam Ben Yedder (Monaco), Antoine Griezmann (Barcelona), Thomas Lemar (Atletico Madrid), Ousmane Dembele (Barcelona)

Pemain Tumpuan: Kylian Mbappe

Tiada nama lain yang menjadi ancaman utama melainkan Mbappe. Mempunyai kelajuan, off the ball, dan finishing yang sememangnya berkelas dunia.

Musim 2020/2021 merupakan musim terbaiknya sejak melakukan debut pada usia 16 tahun setelah menjaringkan 40 gol dalam semua pertandingan.

Aksinya di peringkat tertinggi tidak boleh disangkal lagi. Menjadi nadi utama Les Bleus ketika kempen Piala Dunia 2018 yang lalu. Antara pilihan utama untuk menamatkan Euro 2020 sebagai penjaring terbanyak.

Ramalan: Final.

Baca yang lain