Preview : Red Bull Salzburg Sedia Humban Liverpool Ke Liga Europa

Seri sudah memadai buat Liverpool untuk layak ke pusingan kalah mati liga Juara-Juara Eropah awal pagi rabu nanti. Namun Red Bull Salzburg tidak akan memberi laluan mudah buat Liverpool pada pertembungan itu di halaman mereka sendiri.

Salzburg perlu menang untuk melayakkan pasukan mereka ke pusingan kalah mati, jadi Salzburg akan bermatian untuk menyekat Liverpool dan memastikan mereka mendapat tempat untuk pusingan kalah mati.

Pengadil : Danny Makkelie
Pembantu Pengadil : Mario Diks, Hessel Steegstra
Pegawai keempat : Kevin Blom
Video Assistan Referee (VAR) : Jochem Kamphuis, Bas Nijhuis

Persiapan Pasukan Liverpool

Bagi pasukan Liverpool mereka sudah pastinya mahu layak ke pusingan kalah mati seterusnya melengkapkan Final Hatrick mereka dalam kejohanan itu. Namun dalam dua perlawanan terakhir liga pengendali pasukan Liverpool Jurgen Kloop terpaksa melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama.

Namun dengan masalah yang dihadapi skuad Liverpool tetap menunjukkan persembahan yang baik apabila berjaya menewaskan Everton 5 berbalas 2 dan menewaskan Bournemouth 3 gol tanpa balas.

Dengan persembahan itu nampak Liverpool tidak berdepan masalah untuk menghadapi Salzburg di halaman mereka.

Trio handal Liverpool Salah, Mane dan Firmino hampir pasti akan menjadi pilihan kesebelasan utama setelah direhatkan dalam perlawanan liga.

Salzburg kebiasaanya akan bermain permainan terbuka dengan serangan yang laju jadi Salah dan Mane akan diperlukan untuk serangan balas dan membantu bahagian pertahanan.

Kebarangkalian Kesebelasan utama Liverpool (4-3-3) :

Alisson; Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Milner; Henderson, Wijnaldum, Oxlade-Chamberlain; Mané, Firmino, Salah

Persediaan RB Salzburg

Jesse Marsch akan memastikan anak buah nya bersedia menghadapi kunjungan Liverpool dan menguburkan harapan Liverpool untuk layak ke pusingan seterusnya. Jika dilihat pada rekod perlawanan mereka di halaman sendiri sebelom ini dari 73 perlawanan mereka hanya tewas sekali sahaja.

Gandingan mantap Erling Haaland, Hwang- hee chan dan Takumi Minamino sudah pasti akan mengotak katikkan pertahanan Liverpool.

Hwang sudah pasti mahu mengulangi kejayaan nya berjaya melepasi Virgil di Anfield sekali lagi dan menjaringkan gol bagi melenyapkan harapan Liverpool bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Seperti sedia maklum Erling Haaland permata dari Norway ini telah menjaringkan 8 gol dalam peringkat kumpulan dan salah satu gol nya adalah menetang Liverpool.

Jadi Virgil dan rakan pertahanan nya akan hadapi hari yang sukar untuk berdepan dengan trio serangan dari Salzburg ini nanti.

Jika di lihat pada persembahan semasa kedua dua pasukan ini sudah pasti akan menyajikan persembahan terbaik mereka untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

Adakah Sazlburg akan berjaya menyingkir kan Liverpool dan melayakkan diri mereka ke peringkat kalah mati lalu menghumban Liverpool ke kejuaraan Eropah atau mereka akan disingkirkan dan menjuarai Kejuaraan Eropah pada musim ini.

Adakah pengalaman dan kebolehan pemain Liverpool mampu menyekat Salzburg atau mereka akan sekali lagi mara ke pusingan kalah mati seterusnya melengkap kan hatrik serta menjadi juara “Champion League” buat kali ke 7.

Baca yang lain