Previu Derbi Merseyside: Everton Tak Pernah Seyakin Ini

Kota Liverpool hari ini menjadi tumpuan dengan derbi Merseyside di pentas bola sepak. Salah satu jenama penting mempromosi Liverpool di mata dunia selain daripada The Beatles dan Titanic.

Kedua dua pasukan akan berentap pada lunch time di England.

Hari ini juga menandakan hari ulangtahun kelima Klopp di Liverpool. Lawan beliau adalah otai Don Carlo Ancelotti yang kini memacu Everton dengan rekod 100% kemenangan.

Dalam 10 tahun kebelakangan ini, banyak juga musim Everton sangat yakin untuk mengalahkan Liverpool – tapi aku yakin mereka tidak pernah seyakin pada hari ini.

Liverpool baru saja kena bantai 7-2 sebelum ini – sebelum minggu rehat antarabangsa.

Ancelotti vs Klopp

Carlo Ancelotti menganggap Liverpool adalah ujian sebenar pertama mereka musim ini.

Carlo menyatakan Liverpool tetap memiliki kelebihan dari segi kualiti dan Everton mahu menjadi seperti Liverpool yang ada.

Carlo Ancelotti sudah berjaya membentuk pasukan yang sangat yakin dengan bola dan build up. Lihat saja dua fullback mereka, Coleman dan Digne yang sangat konfiden dengan bola walaupun ditekan.

Klopp perlu memikirkan isu high line beliau yang teruk kena belasah dengan Villa. Trent Alexander Arnold dan Gomez menjadi sasaran oleh Villa sebelum ini kerana ruang di belakang itu.

Sementara itu Adrian pula haruslah membuang segala sikap tidak bertamadunnya di dalam padang. Kerana error dalam derbi merseyside ini boleh membawa padah yang lebih besar.

Selain itu, mana mana pemain tak kira kamu melakukan kesalahan sebesar mana pun dalam padang sebelum ini, boleh menjadi wira pasukan dalam perlawanan seperti ini. Peluang Adrian nak memenangi hati hati yang terluka sekali lagi.

Pemain tumpuan

Everton – James Rodriguez dan Calvert Lewin

Dua pemain ini menunjukkan prestasi luar biasa. Calvert Lewin sejak musim lalu lagi dia cemerlang di bawah Ancelotti.

James Rodriguez memulakan kempen Liga Perdana Inggerisnya dengan sangat bergaya sejak menyertai Everton dari Real Madrid.

Kreativiti dan kemampuan James menjaringkan gol akan menjadi masalah terbesar Liverpool jika pemain itu diberikan kebebasan tanpa batas malam ini.

Liverpool – Mohamed Salah

Salah juga berada dalam prestasi yang terbaiknya. Klopp menganggap kunci kepada prestasi Salah adalah kerana dedikasi dan disiplin pemain tersebut.

Salah bermain baik dan masih mampu skor dua pasukan dengan prestasi terburuk di bawah Klopp menentang Villa sebelum ini.

Mohamed Salah mengintai peluang menjadi pemain ke-17 yang berbeza untuk menjaringkan 100 gol untuk Liverpool. Dan boleh menjadi yang ketiga terpantas mencapai angka itu di belakang Roger Hunt dan Jack Parkinson. Salah menjaringkan 99 gol daripada 158 penampilan setakat ini.

Fakta perlawanan

Kali terakhir Everton menang 5 perlawanan straigjt adalah ketika musim 1938/39. Dan ketika itu rekod kemenangan mereka berkubur di tangan juara bertahan.

Dan dua tahun selepas Liverpool ditubuhkan — iaitu  pada 1894/95 — kali terakhir Everton menang 8 perlawanan pembukaan dalam semua pertandingan.

Prestasi semasa dalam EPL

Everton : WWWW
Liverpool : WWWL

Perkembangan pasukan

Thiago Alcantara dan Sadio Mane akan kembali memperkuatkan pasukan pada hari ini.

Xherdan Shaqiri juga didapati cergas dan laporan dia positif wabak sebelum ini adalah tak tepat.

Selain itu,  Joel Matip antara pemain yang turut kembali ke dalam pasukan. Liverpool masih akan kehilanggan Alisson Becker serta Chamberlain. Dan Naby Keita juga tak akan beraksi.

Everton boleh dikatakan memiliki skuad yang sangat cergas. Andre Gomes, Allan dan Seamus Coleman yang direhatkan dalam aksi menentang Brighton & Hove Albion dijangka akan kembali semula beraksi.

Yerry Mina juga disahkan sudah cergas.

Cuma Ancelotti masih berharap Lucas Digne cergas sepenuhnya. Hanya dua pemain yang sah tak dapat beraksi – namun boleh dikatakan bukan pemain utama Ancelotti iaitu Jean-Philippe Gbamin dan Cenk Tosun.

Rekod pertemuan

Kali terakhir Everton menang derbi ini adalah 10 tahun lalu. Sejak itu sudah berlangsung Merseyside 19 pertemuan Liga Perdana Inggeris dan 22 perlawanan di semua pertandingan – Liverpool merekodkan rekod tanpa kalah di derbi in di dalam sejarah.

Namun prestasi dan dominasi Liverpool tidak semudah yang disangkakan. 11 dari 19 perlawanan Liga Perdana berakhir sebagai seri – termasuk tujuh daripada lapan perlawanan terakhir di Goodison Park.

Tiga perlawanan terakhir di Goodison Park telah berakhir tanpa gol, dan jika aksi buntu lagi pada hujung minggu ini akan mencipta rekod yang tidak diingini untuk perlawanan pertama dalam sejarah liga utama Inggeris yang berakhir 0-0 dalam empat perlawanan berturut-turut.

Anda harus kembali ke Disember 2016 untuk gol terakhir Merseyside derby di Goodison, dan walaupun itu adalah pemenang pada masa kecederaan ketika Mane secara dramatik menyelamatkan mata untuk The Reds.

Kesebelasan kemungkinan

Everton:
Pickford; Coleman, Keane, Mina, Digne; Gomes, Allan, Doucoure; Rodriguez, Calvert-Lewin, Richarlison

Liverpool:
Adrian; Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Thiago; Salah, Firmino, Mane

Baca yang lain