Previu LS2: Melaka United Berpeluang Besar Mengumpul 6 Mata, PDRM Hanya Mengintai Kejutan

Melaka United berpeluang mengulangi pencapaian pada musim lepas, memenangi 2 perlawanan awalnya. Pada musim lepas Melaka United menewaskan Petaling Jaya City (2-1) dan PKNS (1-0) sebelum diikat Pahang (1-1).

Pada musim ini jadual Liga Super sekali lagi memihak kepada skuad kendalian Zainal Abidin Hassan. Mereka bertemu 2 pendatang baharu iaitu UiTM dan PDRM pada 2 perlawanan awal.

Melaka United menewaskan UiTM di Stadium UiTM, Shah Alam pada minggu lalu dan akan menanti kunjugan PDRM di Stadium Hang Jebat.

Diatas kertas, senarai pemain kedua-dua pasukan pendatang baru ini tidak setanding dengan Melaka United.

Skuad PDRM hanya menggunakan kekuatan dalaman apabila menyenaraikan 14 hingga 15 dari kakitangan agensi tersebut.

Pada perlawanan lepas 5 darinya berada di barisan utama dan 3 pemain lagi menjadi pemain simpanan yang digunakan oleh Ishak Kunju.

Apa yang berlaku pada LS1?

PDRM bertemu dengan pasukan yang juga baharu dinaikan ke Liga Super, Sabah. Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Pada perlawanan tersebut PDRM hanya berjaya melakukan 1 percubaan tepat ke arah gawah Sabah dari 3 jumlah keseluruhan.

Selain R.Surendran dan Antonio German, kejayaan membawa masuk Asri Mardzuki boleh memberi sedikit pengalaman berharga kepada PDRM

2 pemain yang sedikit dikenali Asri Mardzuki (pertahanan kiri) dan Savindran Ravindran (sayap kanan-kiri) tidak diturunkan pada perlawanan tersebut.

Hanya mempunyai 3 pemain import, 2 sahabat dari Turkmenistan dan bekas penyerang Selangor, Antonio German untuk mengharungi cabaran 5 pemain import dari semua pasukan Liga Super.

Melaka United tidak mempunyai masalah menumbangkan UiTM (2-0) hasil jaringan Sony Norde -Haiti- dan Romel Morales -Colombia-.

Bagaimana susunan pemain pada LS1?

Ia merupakan 1 perlawnanan yang tidak terlalu rumit buat Melaka United.

Zainal tidak perlu membuat pertukaran taktikal dan hanya menggunakan 2 pemain simpanan dalam perlawanan ini. Pemain tengah bertahanan dari Thailand, Naruphon Putsorn  masuk menggantikan Saiful Ridzuwan Selamat dan Syamim Yahya menggantikan Ferris Daniel Nasir.

Apabila dibandingkan dengan jumlah percuabaan Melaka United 6 percubaan tepat dari 12 dan hanya 1 dari PDRM pada perlawanan pertama, Melaka United seharusnya tidak mempunyai masalah besar untuk mengumpul 6 mata selepas minggu ini.

Shafiq Rahim akan terus menjadi cermin dan imej kepada Melaka United pada musim 2020

Melaka United masih mengekalkan 2 pemain kunci di bahagian tengahnya pada musim lalu -Shafiq dan Saiful- dan dan Jan Suk-Wong di bahagian pertahanan tengah.

Shafiq tampil 21 perlawanan Liga Super 2019, Saiful 18 dan Suk Wong 19 kali, bersama Khairul Fahmi Che Mat (20 kali).

Khair Jones mengambil alih tempat yang ditinggalkan Raimi Md Noor, Annas Rahmat membantu Shukor Adan dan Morales-Ferris/Syamim menggantikan Patrick Rietchel-Nazrin Nawi.

Zainal kembali menggunakan 2 penyerang selepas majoriti pada musim lepas hanya menggunakan 1 melibatkan Casagrande, Davy Angan dan Luka Milunovic.

Pemain Melaka United yang terlibat ketika menentang UiTM

Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang kekuatan pasukan PDRM. Skuad Ishak Kunju Mohamed ini dilihat hanya sebagai pasukan untuk kakitangan agensi tersebut selepas lebih separuh dari pemainnya bukanlah datang dari pasukan pelapis terbaik di Malaysia.

Nama-nama pemain terbaik dari agensi ini masih belum mencipta nama diperingkat tertinggi seperti Eskandar Ismail, Saiful Amar Badeli, Nidzam Rodzi atau Christopher Keli.

Jangkaan

Melaka United menang mudah, selain dari keputusan ini akan menjadi satu tamparan buat Zainal. Tiada apa untuk kalah bagi Ishak Kunju.

Baca yang lain