Ketika menang menentang Pahang pada perlawanan pertama, Selangor memerlukan Brendan Gan bagi mengubah keputusan perlawanan.
Di perlawanan ke-3, Gan sekali lagi hampir menjadi penjaring gol kemenangan sebelum jaringannya dipadamkan oleh Lee Tuck 7 minit dalam masa kecederaan melalui sepakan penalti.
Sementara itu Ifedayo Olusegun merekod 1 jaringan dalam kesemua 3 perlawanan awal, hanya 2 pemain di Liga Super membuat marathon jaringan dalam 3 perlawanan tersebut.
Ifedayo dan Ivan Carlos dari Pahang.
Kedua-dua pemain ini boleh memanjangkan marathon jaringan tersebut kepada 4 perlawanan berturut-turut.
Keputusan Selangor tidak terlalu baik, juga tidak terlalu buruk
Pada 3 perlawanan awal Selangor berhadapan dengan 3 pasukan kelompok pertengahan atas. JDT, Kedah dan Selangor boleh dikatakan pasukan yang memiliki pemain ramai terbaik di Malaysia.
Diikuti Terengganu, Perak dan Pahang. UiTM dan PDRM pula merupakan pasukan yang paling kurang mempunyai pemain bernama besar sementara 4 baki pasukan lagi berada di kelopok pertengahan bawah.
- JDT, Selangor, Kedah
- Perak, Terengganu, Pahang
- Melaka Utd, Sabah, PJ City, Felda Utd
- UiTM, PDRM
Jadi, Selangor sudah bertemu dengan kesemua pasukan kelompok ke-2 dan meraih 5 mata. Tidak terlalu baik kerana Selangor antara pasukan yang mempunyai barisan pemain terbaik di liga.
Namun begitu, tidak terlalu buruk kerana Selangor belum tewas. Cuma Selangor sepatutya meraih 3 mata di antara salah satu perlawanan menentang Terengganu atau Perak.
Selepas 3 perlawanan, Selangor masih belum mencatat sebarang clean sheet, bolos 5 jaringan. Dijangka pasukan ini akan mula mendapat catatan itu apabila bertemu dengan 6 pasukan kelompok bawah.
Mental Sathianathan terjejas dengan isu luar padang
Sathianathan cuba mempertahankan pemainnya dengan membawa isu di luar padang. Ia adalah satu tindakan yang wajar namun menunjukkan beliau sedikit terganggu.
Tidak dipastikan pihak mana yang membawa isu perkauman di dalam media sosial, ia telah membawa kepada kemarahan jurulatih ini pada sidang akhbar selepas pasukannya seri dengan Perak.
Ia berkaitan prestasi yang ditunjukkan oleh pertahanan kiri Selangor, Prabakaran Kadanasan.
Malangnya pada perlawanan berikutnya, Prabakaran sekali lagi melakukan kesilapan yang ketara apabila mudah melepaskan Sanjar Shaakhmedov yang berada di hadapannya.
Sanjar berjaya melepaskan diri dengan mudah dari jagaan pertahanan berusia 29 tahun itu dan Rahmat Makasuf menjaringkan gol Terengganu dalam situasi tersebut.
Selepas itu Sathianathan mengangkat isunya dituduh sebagai LTTE dan mahu menyaman individu yang berkaitan.
Bekas jurulatih yang dikenali ramai dengan sikap tenangnya, Dato M. Karathu memberi nasihat kepada Sathianathan agar tidak terlalu melayan isu di luar padang dan kekal fokus kepada pasukan.
Adakah Sathianathan akan terus terjejas dengan isu luar padang dan akan dibawa ke dalam 3 perlawanan berturut-turut dan akan diangkat sekali lagi di sidang media selepas perlawanan?
Ifedayo Olusegun boleh menyamai rekod Gopinathan dan Meneiro
Pemain yang menjaringkan setiap gol dalam 3 perlawanan, bersaing dengan Ivan Carlos ketika ini. Siapa pemain Selangor yang melakukan marathon gol paling lama di liga.
Pada musim 2016, Ronaldo Wleh berjaya melakukan jarinagan dalam 3 perlawanan berturut-turut dengan 5 jaringan, di LS2-LS4.
Pada musim itu, Gopinathan Ramachandra paling lama melakukan secara berturut-turut iaitu 4 perlawanan.
Gopinathan menjaringkan 1 gol ketika menentang Pahang, Sarawak, Terenggannu dan Kedah di LS3-LS6.
Pada musim seterusnya Jualiano Mineiro tampil sebagai pemain ke-2 melakukannya dengan jumlah 5 gol ketika menentang Felda United, Kelantan, Kedah dan Perak (LS5-LS8).
Walaupun Rufino Seguvia muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kancah domestik 2018, beliau tidak mempunyai marathon jaringan lebih dari 3 perlawanan. Begitu juga pada musim lepas.
Kali ini Ifedayo boleh menempatkan diri sebagai pemainnke-3 yang mempunyai jaringan dalam 4 perlawanan berturut-turut, menyertai Gopinathan dan Mineiro, jika terus menjaringkan gol pada malam esok.
Sementara itu Brendan juga mempunyai kemampuan mengulangi peristiwa perlawanan pertama walaupun hampir berjaya mengulangi di perlawanan ke-3.