Previu LS4: Perlawanan Paling ‘Stress’ Buat Aidil Sharin, Fungsi 2 Pemain Tengah Perlu Ditingkatkan

Kedah akan menanti kunjungan Selangor pada perlawanan ke-4 sebelum liga direhatkan kerana masalah Virus Corona sedang melanda kerisauan di seluruh dunia.

Pelawanan ini akan dilangsungkan di stadium tanpa penonton.

Tugas Aidil Shahrin bertambah sukar apabila gagal menewaskan UiTM pada perlawanan lepas, dimana ia sepatutnya menjadi lawan yang lebih mudah berbanding JDT dan Terengganu.

Lebih merasa ada sedikit penyesalan adalah Sherman gagal menyempurnakan peluang sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Muhammad pada minit ke-61.

Sudah pasti di atas kertas Selangor merupakan perlawanan lebih sukar berbanding UiTM.

Apa yang berlaku pada perlawanan lepas?

Selepas tewas 2 kali berturut-turut Aidil melakukan 2 rombakan kecil dari 11 pemain utama yang bermain ketika tewas kepada JDT dan Terengganu.

Merehatkan penjaga gol Ifwat Akmal Che Kassim yang melepaskan 5 gol dalam 2 perlawanan dan memberi laluan kepada Shahril Saari yang dibawa masuk dari PDRM.

Shahril dikatakan bermain dengan baik ketika tewas 1-4 kepada FC Seoul dalam kelayakan akhir Liga Juara Asia.

Seorang lagi pemain yang diubah adalah Amin Nazari diletakan di dalam kesebelasan utama dan merehat Baddrol Bakhtiar di bangku simpanan.

Amin Nazari dan Shahril Saari antara 2 pemain dalam ‘pelan rombakan’ pertama Aidil selepas tewas 2 kali

Dalam perlawanan tersebut Irfan Zakaria mula diuji apabila dimasukan menggantikan Amirul Hisyam Awang Kechik.

Farhan Roslan, Azammuddin Akil, Fayadh Zulkifli dan Zaquan Adha Radzak telah digunakan sepanjang 3 perlawanan lepas.

Namun Aidil masih belum menjumpai keputusan yang dikehendakinya.

Sebarang keputusan yang tidak memihak kepada Kedah akan menambahkan lagi tekanan kepada jurulatih dari Singapura ini.

Adakah pertahanan Kedah akan berjaya melakukan clean sheet di LS4

Serangan yang baik akan memberi anda kemenangan dalam 1 perlawanan, pertahanan yang kuat akan memberi anda kejuaraan liga.- Alex Ferguson

Selepas 3 perlawanan Kedah gagal mengelakkan gawangnya dari dibolosi. Bolos 1 gol kepada JDTdan UiTM. 4 kali ketika menentang Terengganu.

Pada musim lepas -2019- Kedah berjaya merekodkan 4 clean sheet dalam 5 pertemuan pertama liga, 2 kali dalam 3 perlawanan awal. Kedah berjaya meraih 3 kemenangan dan 2 seri ketika itu.

Ifwat, Renan Alves, Alif Yusof, Shakir dan Fadzrul merupakan komponen utama unit pertahanannya ketika catatan clean sheet itu dilakukan disamping Baddrol dijadikan pasangan kepada Fadzrul.

Alif Yusof menjadi sebahagian pertahanan Kedah di awal 5 perlawanan awal musim 2019, 4 darinya adalah clean sheet

Azmeer menggantikan Alif dan pada musim ini Fadzrul digandingan dengan Amirul, 2 pemain yang membantu sistem pertahanan Kedah apabila diancam.

Aidil perlu mencari kembali formula supaya Kedah mempunyai catatan clean sheet, berlaku dalam 4 perlawanan berturut-turut kepada pasukan yang diramalkan menjadi 3 pasukan terbaik di liga adalah sesuatu yang tidak baik.

Kedah bukan lagi pasukan yang menguasai permainan

3 pemain di tengah akan memberikan anda lebih bola sepak. -Pep Guardiola

Akram Mahinan, Liridon Krasniqi dan Sandro pada musim 2017. Seterusnya Akram, Krasniqi dan Baddrol pada musim 2018.

Jonathan Bauman lebih kebawah barbanding Thcethce Kipre untuk bersama Baddrol dan Fadzrul pada musim 2019.

Melihat kepada ciri-ciri permainan Kedah sekarang, tiada lagi sistem 3 pemain tengah. Kipre menjadikan Kedah 4-4-2 atau 4-4-1-1.

Dalam statistik yang dikeluarkan oleh Astro Arena, Kedah menguasai 46%, 40% dan hanya 51% (ketika lawan UiTM.)

Kedah sudah menjadi pasukan direct flow football secara total.

Secara statistik unit penyerang Kedah 2020 lebih baik

Dari sudut lain, ia perkara positif apabila Kipre dan Sherman sudah mengumpul 3 jaringan secara bersama berbanding hanya 1 dari Fernando Rodriguez dan Bauman dalam tempoh yang sama pada musim lepas.

Statistik menunjukan gandingan Kipre dan Sherman lebih banyak menjaringkan gol sejak musim 2017

Pada musim sebelumnya Sandro dan Paralles hanya berjaya mengumpul 2 jaringan, dan jika mahu dilihat lebih kebelakang, Sandro dan Ken Ilso Larson juga hanya mencatat 2 jaringan dalam tempoh 3 perlawanan awal.

Menambah 1 lagi penyerang membuatkan Kedah lebih mempunyai ancaman, tetapi dalam masa yang sama mengurangkan penguasaan Kedah dalam permainan.

Selain isu dari unit pertahanan, Aidil juga perlu mencari pemain yang boleh mengemudi bahagian tengah dengan hanya 2 pemain sahaja.

Siapa dalam senarai pemain tengah Kedah?

Amirul Hisyam, Fadzrul Danel, Amin Nazari dan David Rowley. Baddrol antara pilihan yang boleh digunakan ditengah.

Persoalannya adakah senarai di atas boleh bermain dengan 2 pemain dan mengawal bahagian tengah pasukan atau kembali kepada 3 pemain.

Aidil mempunyai idea yang baik apabila menggunakan 2 pemain tengah yang menyokong pertahanan berbanding serangan, namun Kedah sentiasa bolos walaupun ancaman di bahagian depan lebih tajam.

Apa lagi idea yang akan dilakukan oleh Aidil pada perlawanan malam ini. Perlawanan terakhir sebelum liga direhatkan dan kita harap tiada jurulatih yang direhatkan selepas hanya 4 pelawanan liga.

Rumusan

Mungkin masalah Kedah bukan kerana kualiti jurulatih dan senarai pemain. Malahan tiada taktikal yang boleh menjamin kemenangan.

Ia perlukan banyak kombinasi.

Masalah Kedah sekarang bagaimana Aidil mahu menyediakan 11 pemain yang mempunyai sikap yang betul untuk mengeluarkan pasukan dari keputusan buruk.

Masalah tidak mendapat keputusan yang sepatutnya dicatat oleh 3 pasukan terbaik di Malaysia ini.

Kumpulan pasukan yang dilabelkan 3 terbaik perlu merekod 3 menang dan 1 seri pada setiap 5 perlawanan. Kedah hanya mencatat 1 seri dan 2 tewas, jauh dari status yang diramalkan.