Jepun mengeluarkan Pringles dengan tin biskut yang panjangnya 161cm ataupun 1.61 meter.
Produk edisi terhad itu dikeluarkan pada 11 November lalu sempena Hari Pringles yang juga jatuh pada hari Single sedunia.
Pringles menjelaskan bahawa panjangnya dipilih kerana ketinggian Fuwa-chan, jurucakap untuk syarikat Pringles di Jepun.
Mereka juga menambah bahawa mereka akan menawarkan 11 peminat bertuah peluang untuk menerima tin biskut khas itu berdasarkan ketinggian mereka. Jadi, kalau kawan korang yang tinggi galah tu, memang dahsyat la dia punya tin biskut tu dia nak usung.
Mungkin agak sukar untuk berjalan-jalan dengannya kerana tidak dapat meletakkannya di dalam beg ataupun beg tangan korang.
Jadi, automatik rakan rakan korang akan tahu korang ada stok jajan pringles. Jadi untuk memakannya, mungkin bukan satu masalah untuk memakan pada fasa awal.
Imagine reaching the last oneshttps://t.co/e0ud0ch5x9
— 9GAG (@9GAG) November 16, 2020
Tetapi lepas tu memang kena terbalikkan sedikit untuk mendapatkan cip itu keluar. Dan ianya memerlukan kerjasama berpasukan.
Nampaknya, ia adalah cara terbaik untuk melupakan hari single dengan berkongsi dengan rakan rakan ataupun bakal jodoh korang lepas ni.
Pringles adalah cip kentang yang sangat popular. Produk ini ditubuhkan pada tahun 1967, menurut paten, produk ini beribu pejabat di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat.
Pringles mempunyai logo lelaki dengan misai tebal yang memakai tali leher merah.
Pringles terkenal dengan reka bentuk pembungkusan dan bentuk kerepeknya yang seperti pelana kuda, bagi memudahkannya disimpan dengan kemas di dalam tin/tiub.