Pro L*BT Kecam Tindakan Vardy Terajang Tiang Corner Bendera Pelangi Sampai Hancur

Jamie Vardy meraikan gol minit akhir sebelum wisel penamat. Di mana beliau berlari menuju penjuru padang dan menghancurkan bendera sepakan penjuru.

Ada peminat yang bergurau menyatakan: β€œSaya tak rasa Vardy menyokong LG*T,”

Sheffield Utd terus memulakan musim ini dengan suram berbanding dengan musim lalu.

Kemenangan Leicester meletakkan The Foxes kini berada di tangga keempat dengan jurang di antara top 4 sangat sengit.

Sementara itu, Sheffield terus berada di dasar liga dengan kekalahan di Bramall Lane.

Kedua dua pasukan bermain dengan bersungguh-sungguh sejak awal perlawanan dan memberikan aksi sengit.

Leicester berjaya berada di hadapan pada minit ke-24 menerusi Ayoze Perez.

Namun gol itu tidak bertahan lama, kerana ianya terus dibalas oleh McBurnie pada minit ke-26.

Leicester kemudian tampil lebih agresif dan memaksa Sheffield untu bertahan daripada dibolosi.

Dan pada minit ke-90, Jamie Vardy melakukan aksi klasik Jamie Vardy – menewaskan perangkap ofsaid, dan menyempurnakan peluang 1 lawan 1.

Vardy yang kegirangan telah menendang tiang bendera sepakan penjuru sehingga patah.

Vardy dilayangkan kad kuning di atas tindakannya itu. Kerana keraian melampau dan merosakkan tiang penjuru.

Namun di media sosial, lain pula ceritanya. Kisah kegirangan Vardy itu mulai dikaitkan dengan tuduhan bahawa Vardy tidak menyokong LG*T. Di mana ada segelintir pihak terasa hati dan menuduh Vardy h**mofobia.

Ini kerana bendera yang Vardy tapak itu adalah bendera pelangi. Minggu ini EPL meraikan minggu pelangi sebagai sokongan kepada LG*T.

Pro LG*T mengecam Vardy dengan bermacam macam komen.

Seorang peminat sedih dengan layanan Vardy kepada bendera pelangi itu:

Ada yang cuba menjelaskan bahawa tindakan Vardy itu tidak ada kena mengena dengan pendiriannya soal orientasi sesksual seseorang.

Ianya biasa dalam bola sepak. Pemain girang meraikan gol yang berpotensi menjadi gol kemenangan pada minit ke-90.

Mereka berpendapat keraian Vardy itu ikonik dan antara yang mencuit hati.

Β