Profesor Ini Kutuk Doktor Yang Benarkan Marquez Berlumba: “Seperti Tak Sekolah”

Profesor Alex Castagna, yang merupakan bekas pemain bola sepak dan kini menjadi pakar ortopedik di Hospital Humaniti Milano, menuduh pasukan doktor MotoGP bersalah kerana membenarkan Marc Marquez membuka MotoGP di Andalusia 2020.

Ini kerana keizinan yang diberikan doktor kepada Marc Marquez telah memburukkan lagi keadaan.

Seperti diketahui, Marc Marquez mengalami patah tulang humerus di lengan kanan atas. Tulangnya patah setelah pelumba itu terkena tayar belakang motosikalnya ketika jatuh pada siri pertama, MotoGP Spain 2020, Ahad, 19 Julai.

Juara dunia MotoGP 2019 segera diterbangkan ke Barcelona untuk menjalani pembedahan pada hari Selasa, 21 Julai 2020.

Namun, beliau membuat kejutan dengan kembali ke Litar Jerez-Angel Nieto untuk siri kedua, pada hari Khamis. Walaupun dinyatakan layak untuk bertanding, dia memilih untuk mengundurkan diri.

Marquez tiba di situ atas keizinan diberikan doktor. Walaupun doktor beliau menyatakan bahawa kecederaan seperti Marquez itu mengambil masa sekitar 8 minggu untuk sembuh.

Dan paling cepat pun 6 minggu. Ramai atlet profesional pulih dalam masa 6 minggu kerana mereka memiliki fasiliti dan disiplin yang baik dalam rehabilatasi.

Selepas menyertai dua sesi latihan bebas di Jerez, Marquez mengesahkan dia menarik diri daripada perlumbaan. Ini setelah beliau merasakan tangannya semakin sakit, dia memutuskan untuk tidak berlumba di Andalusia.

Profesor Alex Castagna tidak menyalahkan cita-cita dan hasrat pelumbayang berusia 27 tahun itu. Kerana sebagai bekas atlet profesional beliau faham setiap atlet pasti akan memilih untuk beraksi dan bukannya berehat.

Tetapi dalam hal ini pihak Repsol Honda dan pasukan perubatan mereka harus menggunakan autoriti mereka untuk menghalang Marquez.

Kesannya, Marquez cedera lebih teruk. Di mana dia perlu menjalani pembedahan kedua sebagai susulan daripada kesan kecederaannya.

Lalu Cartagna menuding jari kepada pasukan perubatan MotoGP. Sekiranya dia tidak diberi izin, tentu saja Marc Marquez tidak akan memaksa dirinya untuk membuka jalan.

“Atlet boleh memperjudikan kecergasan mereka, tetapi doktor tidak boleh berbuat demikian. Saya dapat memahami semangat pelumba untuk kembali ke landasan tidak secepat mungkin.”

“Yang tidak saya fahami adalah bagaimana doktor dan Dorna Sports memberikannya izin untuk berlumba, “kata Alex Castagna, yang dipetik dari Tuttomotoriweb.

Menurutnya, izin itu adalah kesalahan besar. Kerana, setelah dua pusingan dengan motornya dalam keadaan tanganya masih sakit dan balutannya dibuka, Marc Marquez merasa mati rasa di tangan kanannya.

Itu menimbulkan risiko besar untuk keselamatan pelumba itu sendiri dan juga pelumba lain di trek.

Membidas kenyataan Dr. Xavier Mir yang sebelum ini pernah memuji Marquez sebagai luar biasa kerana sudah mampu kembali ke trek, Castagna menganggap itu kenyataan orang tak berpendidikan.

“Ini adalah tanda seperti orang yang tak sekolah dan tak berpendidikan. Dalam biologi, tidak ada fenomena. Semua manusia ini lebih kurang sama seperti orang lain,” sambung Castagna.

Castagna percaya, akibat kesalahan daripada doktor dan pihak Honda, Marquez menanggung kecederaan yang lebih teruk daripada sebelum ini.