Profesor Israel Ini Tuduh AS Ada MOU Dengan Alien Dan Saling Berhubung Rapat

Bekas ketua di Jabatan Pertahanan Israel dalam bidang keselamatan ruang angkasa Israel iaitu Haim Eshed melengkapkan lagi cerita pelik tahun 2020 ini.

Ini selepas Eshed mengejutkan dunia menyatakan bahawa pihaknya sudah lama mendapat tahu bahawa Amerika Syarikat (AS) sudah berhubung dengan makhluk asing di angkasa lepas.

Eshed menuduh Donald Trump juga sudah tahu tentang satu perjanjian persefahaman ataupun MOU di antara alien dengan angkasawan AS.

Bercakap kepada akhbar Yediot Aharonot newspaper, Haim Eshed berkata, makhluk asing menggunakan UFO telah berjumpa dengan angkasawan AS dan meminta mereka tidak sesekali membincangkan atau mendedahkan kewujudan mereka kepada manusia di bumi.

Ini kerana menurut Eshed, makhluk asing itu menyatakan masanya masih belum sesuai dan manusia masih belum bersedia menerima berita seperti itu.

Eshed bukan calang calang orangnya di Israel. Selain daripada bekas jeneral di Jabatan Pertahanan Israel, dia juga seorang profesor yang popular di Isrel.

Eshed juga memberitahu akhbar tersebut bahawa makhluk asing agak keliru dengan manusia seperti mana manusia tertanya tanya tentang mereka.

Alien kini dalam program untuk mendalami corak kehidupan di planet lain serta di ruang galaksi.

Paling mengejutkan adalah AS dan alien ini ada surat perjanjian khas yang sudah ditandatangani.

Menurut Eshed, 87 tahun, makhluk asing sudah berhubung rapat dengan kerajaan AS dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Eshed berkata: “Ada satu perjanjian khas di antara kerajaan AS dan makhluk asing. Mereka menandatangani kertas kontrak dengan kita di sini untuk melakukan eksperimen.”

Selain itu, Eshed menuduh Donald Trump hampir mendedahkan perkara itu kepada umum untuk menunjukkan kehebatan pentadbirannya. Namun tindakan itu dihalang oleh ‘Galactic Federation’ (Persatuan Galaksi).

Eshed menjelaskan bahawa makhluk asing percaya bahawa manusia perlu mencapai satu tahap di mana mereka dapat memahami apa itu ruang angkasa dan kapal angkasa untuk mengetahui tentang kewujudan makhluk lain di luar bumi.

Eshed juga menyebut mengapa dia memilih untuk mendedahkan maklumat ini sekarang dan bukannya sebelum ini.

Dia berkata, “Sekiranya saya mengemukakan apa yang saya katakan hari ini lima tahun yang lalu, saya akan dimasukkan ke hospital.”

Sudah tiba masanya memberitahu dunia

“Hari ini, mereka sudah bercakap dengan nada berbeza. Saya tidak rugi. Saya telah menerima ijazah dan anugerah saya; saya dihormati di universiti di luar negara, di mana trendnya juga berubah,” tambahnya.

Eshed telah menulis sebuah buku, ‘The Universe Beyond the Horizon – conversations with Professor Haim Eshed,’ di mana dia mendedahkan lebih banyak perincian tentang bagaimana alien telah mencegah kiamat nuklear dan “ketika kita dapat masuk dan mengunjungi Men in Black.”

Sebagai reaksi terhadap tuntutan saintis Israel, wartawan Britain, Nick Pope (bukan keeper Burnley tu ye), yang menyiasat UFO untuk bahagian Kementerian Pertahanan Britain menyatakan Eshed sedang membuat lawak jenaka, dan tidak lebih daripada itu.

Nick Pope meminta semua orang mengabaikan kenyataan yang dianggap merepek itu.

Teringat pula dengan movie The Arrival di mana manusia cuba berkomunikasi dengan alien.

Baca yang lain