ProJET: Stesen Minyak Legend Orang KL Yang Telah Hilang

Ingatkah kamu terutamanya rakyat Lembah Kelang atau Kuala Lumpur, suatu masa dulu di era awal Millenium terdapat sebuah syarikat rantaian stesen petrol bernama ProJET.

Kewujudan stesen petrol ProJET ini hasil kerjasama Sime Darby dan Conoco, iaitu syarikat berkaitan bahan api berpusat di Texas USA.

1999 adalah tahun pertama ProJET beroperasi di Malaysia terutamanya di Lembah Kelang dengan kerjasama Dialog Group.

ProJET ini antara stesen petrol pertama yang mempunyai banyak kemudahan seperti kedai serbaneka dan jualan fast food ringan (Hotdog).

Ia juga digelar “Superstesen” kerana kemudahan kedai bernama Destina dan antara terawal yang membolehkan pengguna memilih mengisi petrol menggunakan Kad Kredit atau Tunai.

Selepas itu barulah muncul kedai Mesra (Petronas) dan Select (Shell).

Pada awal penubuhan ProJET, mereka mensasarkan 150 cawangan petrol stesen dengan kerjasama Dialog Group.

Tetapi sehingga tahun 2007, mereka cuma ada 40 lebih stesen sahaja.

Antara yang diingati adalah stesen Ulu Kelang, Jalan Kepong, Kinrara, Damansara Jaya dan stesen ProJET seksyen 5 Wangsa Maju bersebelahan Carrefour (sekarang Aeon BIG) adalah port lepak budak motor dan mat kereta sekitar Wangsa Maju.

Penghujung tahun 2003 ProJET hanya menguasai 1% peratus dari pasaran petrol di Malaysia. Selama 5 tahun beroperasi mereka tak boleh expand bisnes.

Entah apa yang menyekat mereka dari berkembang dan mencapai 150 cawangan seperti yang dijanjikan, yang akhirnya membuatkan ConocoPhillips melepaskan pegangan mereka keatas ProJET.

Padahal di Eropah mereka juga mengendalikan beribu stesen dibawah nama JET.

Oleh kerana kurang mendapat sambutan selama hampir 8 tahun beroperasi, akhirnya ProJET dibeli dan diambil alih Royal Dutch Shell dan semua stesen petrol mereka diconvert menjadi stesen Shell.

Maknanya sebahagian stesen petrol Shell dekat Kuala Lumpur ni asalnya adalah ProJET, contohnya Shell belakang Wangsa Walk tu.

Semua kedai Destina yang ada jual Hotdog tu disewakan kepada 7E, kalau korang perasan Shell yang ada 7E tu asalnya kedai Destina lah.

Ramai yang sukakan konsep ProJET ni dulu terutama sekali mat motor yang mahu berehat sekejap selepas penat duduk atas motor.

Siapalah agak yang menang Honda Civic FD sebelum ProJET ni bungkus.

Tentang Penulis: Artikel ini sumbangannya Niv AR. Beliau merupakan orang kanan Siti Kassim.

Ikuti Niv AR di Facebook untuk lebih banyak artikel power dan santai.