Quincy Promes Dicekup Di Dubai Dan Dihantar Ke Belanda

Menurut laporan Telegraaf, bekas pemain kebangsaan Belanda dan Ajax, Quincy Promes kini berdepan dengan proses diekstradisi ke Belanda.

Dia ditahan ketika sedang melawat UAE bersama rakan rakannya untuk latihan khas.

Sebelum ini dia berada di Rusia. Di mana tiada sebarang peraturan yang membolehkan pemain itu diektsradisi dari Rusia ke Belanda.

Dia beraksi untuk Spartak Moscow. Namun oleh kerana dia melawat Dubai baru baru ini bersama pasukannya. Polis Dubai yang bekerjasama dengan pihak berkuasa Belanda telah menahannya.

Quincy Promes sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 6 tahun atas pelbagai kesalaha. Ini termasuk penyeludupan dadah dan kesalahan jenayah mencederakan.

Pada 2020, Quincy Promes telah ditangkap oleh polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan serius dengan ahli keluarganya.

Lebih teruk, Quincy Promes telah mengamuk dan menikam ahli keluarganya dalam insiden yang dilaporkan serius.

Menurut De Telegraaf, kejadian yang melibatkan Promes itu berlaku di sebuah gudang di Abcoude pada Julai 2020.

Akhbar Belanda mendakwa bahawa ahli keluarga ‘cedera parah’ dan juga mengalami ‘kecederaan lutut yang sangat serius.’

Promes, yang menyertai Ajax pada tahun 2019, disyaki melakukan serangan dan cubaan membunuh.

De Telegraaf melaporkan bahawa jenayah itu membawa hukuman penjara maksimum empat tahun.

Jurucakap polis, Jelmer Geerds, memberitahu penerbitan tersebut bahawa penangkapan itu dilakukan.

Geerds mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 28 tahun [pada masa itu] dari Amsterdam telah ditangkap, tetapi dia enggan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai latar belakang suspek.

Promes ‘ditahan segera’ setelah penangkapan lelaki tersebut dipenjara, menurut De Telegraaf.

Selepas didapati bersalah, Promes dipenjara 18 bulan dan diminta membayar mangsa mandatori €7,000.

Tidak lama selepas itu, dia didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah secara haram. Namun dia tidak hadir ke perbicaraan itu kerana berada di Rusia.

Dalam pertuduhan yang dibaca pendakwaraya, sindiket yang disertai Promes itu menyeludup dadah seberat 1,360 kg ke Belanda dan Belgium menggunakan 2 kapal pada 2020.

Promes menafikan salah laku itu dan menyatakan mahkamah tak ada bukti kukuh. Perkara itu ditepis pendakwaraya yang menyatakan ada banyak saksi mata, serta perbualan telefon yang dipintas oleh polis secara rahsia untuk mengesahkan penglibatannya.

Ketika itu Promes masih belum menjalani hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan menikam sepupunya kerana pergaduhan tentang rantai emas yang hilang.

Ketika kes itu, dia bermain untuk Ajax. Tetapi kelab memutuskan untuk melepaskannya dan dia menyertai Spartak Moscow pada 2021.

Mahkamah Belanda meminta dia menyerah diri dan menawarkan untuk meringankan hukuman penjara kurang 6 bulan daripada 18 bulan.

Namun dia enggan berbuat demikian kerana itu akan membuatkan dia dibicarakan atas kesalahan penyeludupan dadah pula.

Dia memutuskan untuk terus kekal di Rusia. Kerana tiada perjanjian ektradisi di antara Rusia dan Belanda.

Pada 2021, ketika aksi menentang Leicester di England. Dia meminta untuk dikecualikan daripada tugasan UEL itu kerana dia tahu England ada hubungan diplomatik yang baik dengan Belanda dan ada perjanjian ekstradisi.

Jika dia menjejakkan kaki di mana mana negara eropah lain dia akan terus diektradisi ke Belanda. Oleh kerana bola sepak Rusia digantung oleh UEFA sejak beberapa tahun, maka dia tak risau dengan sebarang perjalanan aksi eropah.

Namun malangnya, dia terjerat di Dubai. Promes telah ditahan di sempadan Dubai ketika dia mahu balik ke Rusia bersama rakan rakan satu kelab Spartak Moscow.

Jelas sekali dia kali ini tak baca tentang polisi UAE pula.

Dia telah ditahan dan disumbat ke penjara. Polis UAE meminta waran daripada Interpol untuk menahan Promes yang sedang berdepan hukuman penjara 6 tahun kerana menyeludup dadah.

UAE sangat tidak berkompromi dengan mana mana pesalah dadah. Dia bergelut dengan polis namun akhirnya dia dibawa ke penjara.

Promes dilaporkan memberitahu pegawai kelab dia akan menaiki pesawat lain dan yakin akan dibebaskan. Malangnya itu tidak berlaku.

Baca yang lain