Prospek Belanda Di Piala Eropah 2020

Frank De Boer dilantik sebagai pengurus Belanda pada September 2020 selepas Ronald Koeman meninggalkan posisi itu untuk menyertai Barcelona.

Permulaan De Boer bersama the oranje agak hambar apabila hanya merekod 3 keputusan seri dan 1 kalah pada 4 perlawanan awalnya sebagai pengurus.

Kini dia membawa harapan tinggi dari 17 juta rakyat Belanda dalam kejohanan Piala Eropah 2020.

Bintang pertahanan Ajax dan Barcelona ini merupakan penolong jurulatih ketika Belanda mara ke final Piala Dunia 2010. Di peringkat kelab De Boer menang 4 trofi bersama Ajax.

Pada kali ini De Boer berharap pasukan yang dibimbingnya berada di tahap terbaik dan mara jauh.

De Boer bercakap di UEFA TV.

TUGASAN BERSAMA BELANDA

Saya sangat bangga kerana diberi peluang untuk melatih pasukan Belanda. Jika anda tanya saya 2 atau 3 tahun lepas, saya tidak jangka akan berada di kerusi ini.

Kadang-kadang peluang datang dan anda akan bertanya ‘adakah saya sudah bersedia atau belum?’ Saya rasa saya sudah bersedia.

Saya juga sudah kembali ke dalam persekitaran yang selesa dimana saya menghabiskan banyak masa sebagai pemain, dan sekarang saya mendapat pengalaman sebagai pengurus.

Ronald Koeman telah meninggalkan (tugas sebagai pengurus Belanda) kerana mendapat tawaran di Barcelona dimana ia merupakan impiannya.

Dia mencatat keputusan luar biasa (bersama Belanda) dan melayakan kami ke EURO 2020. Saya perlu meneruskan kejayaan tersebut.

Baca juga

3 Pemain Terbaik Finland Pernah Dilahirkan Dan Pukki Bakal Menjadi Yang Ke-4

TEKANAN SEBAGAI PENGURUS BELANDA

Saya sentiasa dalam tekanan. Orang kata di Belanda kami mempunyai 17 juta pengurus pasukan kebangsaan.

Saya pernah bermain dan mengurus kelab yang meletakkan kejayaan sebagai satu keperluan wajib, jadi tekanan sentiasa ada. Kebanyakkannya adalah tekanan sihat membantu anda perform.

Sama juga ketika bersama negara anda perlu sentiasa perform walaupun kadang-kadang ia tidak menjadi.

Kami adalah negara kecil, semua orang mengharapkan kami mara ke final dengan mudah. Tentu saja (perkara) itu tidak realisitk.

Kami hanya menang 1 trofi utama, kami bermain di 3 final dan pada pendapat saya ia (pencapaian) luar biasa.

GAYA PERMAINAN BELANDA

Saya bermain bersama Ajax selama 15 tahun dan saya perlu bermain dengan cara-cara tertentu. Terdapat juga harapan ini dalam pasukan Belanda.

Kami cuba menguasai semua lawan kami dengan quick ball recovery dan bermain secara menyerang. Itulah harapan kami dan sebahagian dari DNA kami.

Saya rasa kami berada di landasan betul. Pemain gembira menjadi sebahagian dari pasukan kebangsaan.

Kami adalah pasukan yang suka menyerang tetapi anda tidak boleh melakukan (serangan) selama 90 minit.

Kami menyerang 60% dan bertahan 40%. Apa yang anda buat dengan 40% itu?

Ketika kami berada dalam keadaan baik, kami sentiasa cuba menguasai (permainan) namun kami harus lihat juga apa yang boleh kami lakukan ketika kehilangan bola.

EURO 2020

Austria merupakan satu pasukan bagus. Mereka mempunyai ramai pemain yang berada di liga terbaik. Jadi tidak mudah untuk kalahkan mereka.

Macedonia dikatakan pasukan paling lemah tetapi mereka layak ke EURO, mereka akan lalukan sedaya upaya untuk meraih keputusan baik.

Pasukan dari Timur Eropah sentiasa mempunyai pemain berkualiti.

Saya menjangkakan 3 perlawanan sukar namun jika kita bermain dengan cara kita, kita sepatutnya mara ke pusingan seterusnya.

PROSPEK BELANDA MENJADI JUARA

Kami perlu bersikap realistik. Kami mempunyai pasukan baik. Kami kehilangan Virgil Van Dijk.

Ketiadaannya merupakan kehilangan besar dalam kejohanan (besar) seperti ini. Negara lain juga mungkin kehilangan beberapa pemain.

Kami mempunyai pasukan yang tidak takut kepada mana-mana pasukan. Sekiranya kami boleh bermain dengan baik, kami boleh mengalahkan sesiapa.

Anda mempunyai 2 atau 3 pasukan pilihan dan kami tidak menganggap kami salah satu pasukan pilihan. Saya rasa Perancis, Belgium dan Sepanyol adalah pasukan pilihan.

Anda juga mempunyai negara seperti Jerman, Itali, England dan Portugal yang boleh mengalahkan mana-mana negara.

Baca juga

Belgium 3 Rusia 0: Jaringan ke-20 Romelu Lukaku Dalam 15 Perlawanan Kompetitif Terakhirnya

Sumber asal

https://www.uefa.com/uefaeuro-2020/news/026a-1276387e1f66-aef70c3c3065-1000–de-boer-on-the-dutch/

Baca yang lain