Prospek Emas Olimpik Dan Kapten Gimnastik Artistik Jepun Dihantar Pulang Sebab Kantoi Hisap John D-Blend

Prospek pingat emas, gimnas Jepun Shoko Miyata telah dihantar pulang dan tidak akan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini selepas dia melanggar peraturan – larangan merokok pasukan.

Gimnas berusia 19 tahun itu meninggalkan kem latihan Jepun di Monaco secara serta merta pada Khamis ketika pegawai menyiasat mengesahkan bahawa dia memang orang yang bersalah merokok.

Shoko Miyata – kapten pasukan gimnastik artistik wanita negaranya – kembali ke Jepun malam itu selepas siasatan menyimpulkan dia telah melanggar peraturan Persatuan Gimnastik Jepun.

Ini kerana dia kantoi merokok adalah melanggar tatakelakuan persatuan yang sudah diperakui secara ikrar janji oleh setiap atlet Jepun.

“Dengan pengesahannya dan selepas perbincangan di semua pihak, telah diputuskan bahawa dia akan menarik diri daripada Sukan Olimpik,” kata setiausaha agung Persatuan Gimnastik Jepun, Kenji Nishimura kepada pemberita di Tokyo.

Nishimura menambah bahawa Miyata telah “kelihatan keletihan” di kem di Monaco sejak akhir akhir ini.

Mutsumi Harada, jurulatih peribadi Miyata, berkata gimnas itu bergelut dengan “tekanan” bersaing di temasya itu. Mungkin itu punca dia merokok untuk melepaskan tekanan.

“Dia menghabiskan hari-harinya benar-benar dibebani dengan begitu banyak tekanan. Saya akan memohon orang ramai untuk memahaminya,” kata Harada.

Miyata memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2022 di Liverpool dan dia ditetapkan untuk mengetuai pasukan gimnas Olimpik Jepun kali pertama di Paris.

Jepun menyasarkan untuk memperoleh pingat pasukan gimnastik artistik pertama mereka sejak Sukan Tokyo 1964.

Sukan Paris secara rasminya berlangsung pada 26 Julai.