Sony baru sahaja mendedahkan ciri perkongsian (sharing) permainan Primary PS4 telah diperbaharui untuk berfungsi pada konsol PS5 generasi terkini.
Perkongsian permainan Primaru PS4 adalah ciri yang banyak digunakan oleh pengguna PlayStation sehingga mereka dapat memainkan satu judul tanpa harus membeli banyak salinan, terutama sekali untuk yang sekeluarga.
Dilaporkan bahawa PS5 akan membawa ciri ini, tetapi dengan nama yang berbeza.
Bukan hanya itu, perkongsian permainan telah menerima kemaskini yang menjadikannya lebih mudah digunakan di PS5.
Pada PS5, ciri ini akan disebut “Console Sharing and Offline Play”.
Ia pada dasarnya akan menawarkan perkhidmatan yang sama dengan Primary PS4 yang membolehkan banyak pengguna mengakses kandungan digital pada satu akaun, walaupun pada konsol berbeza dan tidak disambungkan ke internet.
Pada PS5, ciri ini dapat dihidupkan atau dimatikan seperti yang dikehendaki oleh pemiliknya.
Oleh itu, sekiranya pemilik ingin menukar konsol utama PS5, mereka boleh mengakses perkhidmatan ini.
Ciri ini juga cukup sederhana dengan UI baru PS5. Inilah cara anda perlu mengurus ciri “Console Sharing and Offline Play”.
Users can still share games and licenses across two PS5 consoles using the same "Primary console" function. However, this time around it is called "Game Sharing and Offline Play https://t.co/nCGYYP7Qyf
— GLITCHED (@_GLITCHED_) November 8, 2020
Menurut Screent Rant, ini cara korang melakukannya:
– Pergi ke Tetapan.
– Pilih pilihan Pengguna dan Akaun> Lain-lain.
– Kemudian pilih Sharing Console dan Offline Play
– Selepas itu pilih Disable atau Don’t Disable.
PS5 yang baru secara automatik akan mengaktifkan Console Sharing and Offline Play, tetapi pemilik boleh memilih untuk mengaktifkan dan menyahaktifkannya.
Secara keseluruhan, ciri ini sangat berguna untuk pengguna yang bermain PS5 yang akan dilancarkan pada 12 November.