PSG Akan Ke Arab Saudi Lawan Pilihan Al-Nassr-Al-Hilal Untuk Aksi Persahabatan Januari

Peminat bola sepak akan dipersembahkan dengan dengan satu lagi pertembungan Lionel Messi vs Cristiano Ronaldo selepas tindakan terbaharu kapten Portugal itu menyertai Al Nassr.

Selepas berminggu-minggu spekulasi, ia disahkan pada petang Jumaat bahawa pemenang lima kali Ballon d’Or Ronaldo telah menandatangani kontrak untuk gergasi  Arab Saudi, Al-Nassr.

Kelab itu mengumumkan perpindahan itu di media sosial, berkata: “Sejarah sedang dibuat. Ini adalah tandatangan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tetapi memberi inspirasi kepada liga kami, negara dan generasi akan datang, lelaki dan perempuan untuk menjadi versi terbaik diri mereka. Selamat datang Cristiano ke rumah baharu anda Al-Nassr FC.”

Beberapa peminat telah kecewa dengan perpindahan terbaru Ronaldo kerana mereka berharap untuk terus melihatnya terus bermain di peringkat tertinggi.

Perpindahan ke kelab besar Liga Juara-Juara tidak pernah menjadi kenyataan buat pemain berusia 37 tahun itu, menyebabkan dia meneruskan kerjayanya di Timur Tengah.

Walaubagaimanapun, peminat berpotensi melihat satu lahi momen ikonik Ronaldo-Messi.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Paris Saint Germain akan pergi ke Arab Saudi pada Januari untuk perlawanan persahabatan pertengahan musim.

Lawan yang bakal dihadapi PSG berkemungkinan gabungan sebelas pemain terbaik dari Al-Nassr dan Al-Hilal. Itu perancangan awal mereka sebelum ini.

Dan pastinya peminat kini lebih teruja mahu ianya direalisasikan.

Ini kerana ramai yang mahu menyaksikan satu lagi pertembungan Ronaldo dan Messi kerana legenda Argentina itu kini bermain untuk kelab Paris St Germain.

Ramai peminat sudah tak sabar menantikan detik bersejarah itu. Dua pemain dengan 13 Ballon d’Or di antara mereka akan bertemu di Timur Tengah.

Messi dan Ronaldo telah terlibat dalam perseteruan sihat yang luar biasa. Dan sudah lama diperdebatkan sebagai siapa GOAT sebenar.

Kejayaan Messi baru baru ini menjulang Piala Dunia dianggap satu langkah ke depan yang besar dalam memenangi perdebatan itu.

Ronaldo dan Messi saling mengakui bahawa perseteruan mereka membuatkan masing masing sentiasa memajukan diri dan tidak pernah terlelap dalam langkah mereka.

Apa yang pasti Messi dan Ronaldo adalah antara 2 nama terbaik sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak.

Sumber: SportBible

Baca yang lain