Kylian Mbappe dibenarkan berlatih kembali bersama dengan PSG dengan syarat dia berlatih berasingan.
Mbappe tidak boleh berlatih dengan pasukan utama PSG. Dan ia dikatakan sudah menjadi gentleman agreement untuk pemain yang enggan terlibat dengan projek jangka masa panjang kelab.
Mbappe masih enggan melanjutkan kontrak atau dijual ke Liga Arab Saudi. Di mana PSG sudah menerima tawaran €300 juta untuk pemain itu.
PSG benar benar menyampah dengan Mbappe dan mengarahkan pemain itu untuk tidak bersama skuad utama.
Sebelum ini persatuan pemain profesional Perancis membidas PSG dan mahu menyaman kelab itu jika membekukan Mbappe.
Kini kelab itu sudah membenarkan Mbappe berlatih namun tidak bersama dengan kumpulan pemain utama pasukan.
Tidak jelas sama ada dia diarahkan berlatih bersama skuad muda. Apa yang pasti dia diasingkan dari kumpulan pemain utama.
Mbappe disyaki sudah mengadakan kesepakatan dengan Real Madrid membuatkan PSG sukar untuk melanjutkan kontrak pemain itu atau menjualnya.
Di mana PSG merasakan Mbappe akan pergi secara percuma ke Real Madrid.
Mbappe sudah layak menerima bonus kesetiaan pada Ogos ini yang bernilai €60 juta. Namun hilang kelayakan untuk mengaktifkan secara unilateral – atau aktifkan sendiri kontrak sebelum ini yang ada lanjutan setahun secara pilihan.
Mbappe sudah menyatakan dia tak berminat untuk kekal sehingga 2025 di PSG.
Jadi PSG sudah menyatakan dia hanya boleh bermain atau berlatih dengan pasukan utama jika melanjutkan kontrak baharu.
Terbaru PSG sedia menawarkan Mbappe kontrak dengan klausa dia mesti dijual pada musim panas 2024 akan datang.
Ternyata Mbappe masih tidak berminat melayannya.
Mbappe malah dilihat dengan senang hati berlatih berasingan dan tersenyum riang.
Namun Mbappe pasti menunggu kenyataan daripada Didier Deschamps sama ada pengurus itu sedia menerimanya musim ini jika dia kurang minit permainan.
Mbappe merupakan pemain yang baru dilantik menjadi kapten kebangsaan Perancis.
Rasanya, tiada masalah la kot?