PSG Tak Layan Bidaan Kurang £166 Juta, Lebih Baik Mbappe Pergi Percuma Kelak

Paris Saint-Germain menegaskan mereka tidak akan menjual Kylian Mbappe di bawah harga £166 juta – yang mereka bayar kepada AS Monaco sebelum ini.

Malah mereka lebih sanggup untuk melihat pemain itu terus kekal di PSG sampai kontrak beliau tamat – daripada menerima bayaran lagi rendah daripada angka tersebut.

Ini kerana menurut PSG, setiap pemain mereka ada harga mereka masing masing. Jadi, kelab yang nakkan barang mereka kena hormati tanda harga itu.

Ada beberapa kelab mulai dikaitkan dengan Kylian Mbappe. Ini termasuk Real Madrid dan Liverpool.

Namun sebelum ini Mbappe pernah menyatakan beliau merupakan peminat Real Madrid. Dan ia telah meguatkan lagi spekulasi pemain itu bakal menjadi pemain Real Madrid.

Real Madrid mencari bintang yang mampu menjaringkan 30 gol semusim. Selepas kehilangan Cristiano Ronaldo, mereka gagal mendapatkan pemain yang mampu berbuat demikian. Kylian Mbappe masih belum mempersetujui kontrak baharu di PSG.

Namun kelab milik Nasser Al Khelaifi itu menegaskan bahawa beliau mahu Mbappe akan terus kekal bersama dengan pasukan yang berpangkalan di Paris itu.

Kontrak semasa Kylian Mbappe akan tamat pada Jun 2022. Beliau masih berteka – teki soal masa depannya di PSG.

Walaupun pada situasi semasa, beberapa penganalisis menyatakan bahawa berlaku susut harga yang teruk pada harga pemain.

Namun PSG berkeras dengan tanda harga £166 juta untuk Mbappe.

Real Madrid mahu mendapatkan Mbappe pada musim panas ini dan berharap PSG akan mengurangkan harga pemain itu. Ini kerana impak wabak yang melanda membuatkan harga pemain susut.

Liverpool juga dikaitkan dengan Mbappe jika mereka kehilangan Sadio Mane kepada Real Madrid.

Namun destinasi Mbappe lebih kepada Real Madrid berdasarkan hubungan baik beliau dengan Zinedine Zidane.

Mbappe menjaringkan 29 gol daripada 32 perlawanan musim ini dalam semua pertandingan untuk PSG.

Namun saya tak rasa PSG akan membiarkan pemain ini pergi percuma. Buat masa ni mereka saja nak tunjuk kepada Mbappe bahawa mereka nakkan pemain itu sangat sangat.

PSG juga sudah berikrar bahawa, kontrak Mbappe merupakan keutamaan mereka pada ketika ini.

Dengan keadaan ekonomi kelab yang terkesan pada ketika ini, PSG telah mengalami kerugian yang besar.

Mereka sudah hampir pasti melepaskan Cavani dan masih berusaha untuk mengekalkan Neymar.

Mbappe pemain yang boleh bermain di kesemua posisi serangan dengan berkesan dan prolifik.

Pada usianya yang masih muda beliau sudah mejadi pemain penyerang penting untuk negaranya dan membantu Perancis menjuarai Piala Dunia.

Gandingan Mbappe dengan Neymar di PSG antara gandingan yang sangat menarik kerana penuh dengan imaginasi dan kepintaran.

Kedua duanya memiliki kemampuan menggelecek dengan cara masing masing.

Mbappe dikenali dengan gaya permainannya yang lebih lasak berbanding Neymar.