PSG Bengang Neymar Terus Pulang Ke Rumah Selepas Menerima Kad Merah Kerana Diving

Neymar nampaknya membuatkan pengurus PSG, Christophe Galtier kurang senang dengan tindakannya.

Bukan sahaja kerana dia telah ‘menyusahkan’ rakan sepasukannya yang lain kerana membuatkan mereka bermain 10 pemain kerana tindakan bodohnya.

Pemain itu malah dilaporkan terus pulang ke rumah meninggalkan Parc Des Princes selepas dia beredar meninggalkan padang ke terowong stadium.

Dalam aksi berdepan dengan Strassbourg, bintang Brazil itu mengutip 2 kad kuning dalam jurang masa kurang 2 minit.

Amaran pertamanya adalah kerana telah menghulurkan tangan ke muka lawan tetapi yang kedua, beberapa minit kemudian, adalah untuk simulasi yang mengejutkan.

Neymar menerima bola daripada Mbappe tetapi menyentuh bola terlalu kuat ketika dia cuba melepasi pemain pertahanan.

Walaupun tiada apa-apa kekasaran dibuat, dia tiba tiba seperti terkena renjatan elektrik rebah ke tanah dengan cara yang menyedihkan.

Dan pengadil memilih untuk menghukumnya dengan menunjukkan kad kuning kedua yang membuatkan pemain Brazil itu keluar lebih awal.

Bekas bintang Barcelona dan Santos itu mempunyai reputasi yang kuat sebagai seorang pelakon simulasi yang terkenal. Dan tidak mengejutkan sama sekali melihat dia membuat terjunan seperti itu.

Ramai peminat masih tidak faham kenapa pemain tetap mahu melakukan diving ketika era bola sepak adanya VAR.

Dia turut kelihatan jatuh dengan mudah pada separuh masa pertama yang juga kelihatan seperti diving. Namun oleh kerana pengadil melihat ada kontak daripada pemain lawan, dia mendapat manfaat daripada keraguan itu.

Yang kedua adalah mengejutkan dan membuatkan Neymar berjalan keluar meninggalkan padang.

Tindakan Neymar pulang awal itu pastinya akan membuatkan dia dikenakan tindakan oleh kelab.

Neymar seharusnya kekal bersama dengan pasukannya dengan menunggu di bilik persalinan sehingga semua urusan selesai. Bukannya terus pulang.

PSG kelihatan seperti mereka akan seri 1-1 dalam perlawanan pertama mereka, dengan Marquinhos menyumbangkan 1 gol untuk setiap pasukan.

Tetapi Mbappe, yang memenangi Kasut Emas Piala Dunia selepas hatrik pada perlawanan akhir, muncul tepat pada masanya, dengan sepakan penalti minit ke-96 memberikan kemenangan buat PSG.

Adakah Neymar akan dikenakan tindakan oleh PSG?

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai